Saturday, March 19, 2011

ADA HIKMAH DISEBALIK MUSIBAH INI

Antara kehidupan seekor anak kucing hitam putih atau kehilangan dompet yang mempunyai pelbagai harta duniawi. Mana yang kau akan pilih?

Kepuasan membantu anak kucing dari mati digilis tayar kereta (at least dia tak mati digilis tayar kereta aku) atau kehilangan dompet gara-gara membantu anak kucing tadi.

Ya, aku ada rasa sedih sebab dompet aku mahal dan wang saku terakhir aku ada dalam dompet itu beserta dengan wang-wang luar negara pemberian kawan dan ayah aku. Juga beberapa belas keping wang 1 ringgit lama. Ada sekeping tu aku dah simpan sejak tahun 1996. Masa aku mula-mula masuk asrama. Emak bagi sebagai duit tambang bas dari bandar Segamat ke Segamat Baru. Tapi aku simpan. Aku celotape cantik-cantik, aku letak dalam dompet. jadikan ibu duit bak kata orang tu.

Sudah menjadi takdir bagi diri aku untuk mengasihani anak kucing tersebut lebih dari aku mengingati dompet yang aku letak di atas bonet kereta. Apa yang aku mampu buat sekarang hanyalah berdoa agar dompet aku itu jatuh ke tangan orang yang baik-baik dan buat report kehilangan dompet dengan segera.

Nak maki sampai dah tak larat. Tak dapat apa-apa pun.

Aku cuba berfikiran positif. Ada hikmah disebalik semua ini. Kita tak tahu apa yang Allah rancang untuk kita. Biarpun hati rasa sedih yang kaw-kaw. First time aku hilang dompet.

TERBARU : Ada orang call aku mahu counter offer harga kad pengenalan aku dengan harga RM300 walaupun ada orang mahu beli dengan harga RM600. Dia cakap kalau aku tak mahu, dia nak tolak dengan buyer tu. Terdesak nak guna duit katanya. Mana nak cekau duit banyak tu 2,3 hari ni. Semua orang tengah sesak akhir bulan macam ni.

4 comments:

  1. apa susah...ambik no tepon mamat, tu, buat report, lepas tu gtau kat Harian Metro.. Metro suka benda2 macam ni

    ReplyDelete
  2. Sabolah.. tu smue ade hikmah.. Td ptg pas ko blk, aku duk dpn opis ngn anak kucing tu smbil mkn roti butterscotch.. Tgk muka dia lama2 mcm kesian pulak aku nk marah.. Walaupon kite smue tahu kucing tu lah yg jd punca...

    ReplyDelete
  3. Shraq : Kalau ada no.phone xde hal la. Tapi dia guna private no.

    Liza sayang : Nanti mandikan anak kucing tu. Aku nak namakan dia Lembu.

    ReplyDelete
  4. takpe la encek wewin...anak kucing tu doakan kau nnt insyaAllah...
    orang yang baek2 ni makhluk keliling dia doakan selalu

    ReplyDelete

Komenlah Aku