Ok, dompet aku dah dapat semula. Segala jenis duit dalam negara, lama dan baru, dan duit luar negara walaupun duit syiling, habis dikebas orang. Yang ada cuma sisa-sisa dompet yang lain seperti kad-kad ATM yang aku dan cancelkan sejurus lepas tercicir, lesen memandu lama dan baru, resit-resit ATM, kad diskaun buku Popular dan Badan Cemerlang (Thank god!), kad pengenalan yang dah kemek dan dikhuatiri telah rosak cipnya, kad tempah seluar, kad bisnes kawan-kawan, kad prabayar EZPAY, cheque supplier yang tak sempat aku nak bank in dan beberapa barang kecil yang tak penting di mata orang tapi penting pada hati aku.
Pada mulanya agak gentar la nak jumpa orang yang jumpa dompet aku sebab pada mulanya dia berkeras mahu aku bayar dia RM300 untuk kad pengenalan aku atau dia akan jual pada orang yang boleh bagi dia RM600. Tapi entah kenapa selepas beberapa kali dia telefon aku dengan menggunakan telefon pinjam, dan aku beberapa itu juga berkeras mengatakan yang aku tak ada duit langsung (bahana tak buat simpanan -_-") dan terpaksa pinjam keluarga untuk membayar dengan kadar RM100 sahaja.
Dan ketika aku beritahu yang sekarang ni hujung bulan dan tak semua kawan aku ada duit yang bagi aku pinjam dan aku terpaksa pinjam keluarga, dia terus rasa macam... Entah, aku tak pasti nak gambarkan macam mana perasaan pelik dia tapi dia suruh aku datang McDonald Taman Pelangi Indah untuk ambil dompet pada dia tanpa apa-apa bayaran.
Setelah duduk bersama muka ke muka, dia mula bercerita tentang nasib malang dia yang seterusnya membawa kepada insiden terjumpa dompet aku. Ya, dia bercerita dengan nada sedih serius. Serius yang serius sedih. Dari keluarganya yang pecah belah sehingga sukar nak dapat kerja sebab dia bekas banduan. Dia juga cakap kalau hidup ni susah, dia nak bunuh semua orang dalam rumah dia dan dia nak bunuh diri, merujuk kepada kejadian bunuh keluarga di Jalan Bakawali, Taman Johor Jaya.
dan Sambil menunjukkan lengan yang penuh dengan parut-parut kelar beberapa siri bunuh dirinya terbantut kerana diselamatkan oleh ibunya, dia bercerita dan bercerita dan bercerita sehingga aku pun tak pasti yang aku ni sebenarnya mangsa dompet hilang atau pakar kaunseling. Dia ada menyatakan yang dia pun tak pasti kenapa dia tak sampai hati nak jual kad pengenalan aku pada orang lain. Mungkin, dia kata, sebab aku ni orang yang baik-baik sebab graduate dari universitiada sebab yang dia sendiri tak tahu kenapa dia tak sampai hati.
Aku pun tak pasti nak rasa kasihan pada nasib dia ataupun ini semua sandiwara semasa penjahat masakini. Tapi aku memang mudah rasa kasihan pada makhluk tak kira la kucing ke manusia ke. Tapi kalau dia dah ikhlas nak jumpa dan bagi balik harta aku ni, takkan la aku tak touching nak rasa kasihan pada dia.
Ramai dah cakap tak payah nak kasihan tapi kalau kau ada di tempat aku waktu itu, kau dengar cerita dia, melainkan kau hati batu, aku pasti kau rasa kasihan.
Aku tengah terfikir-fikir lagi step seterusnya. Oh ya, nak buat balik kad ATM RHB aku. This week nak keluar gaji celah mana kalau kad ATM tak boleh guna. Ye dok?
Mcm trajis gitu cite bekas banduan tu... Mungkin kali ni kita harus lah berhati-hati dgn masyarakat setempat dan juga kucing yg merempat... Renung-renungkan lah dan selamat beramal...
ReplyDeletebuat simpanan weh... sikit pon takpe, tp setiap bulan sblm belanja potong dulu utk masa2 kecemasan.
ReplyDeletecane nk kawen ni kalau saving pon tade? hehehe
Terima kasih mak encik =_="
ReplyDelete