Thursday, February 17, 2011

KONSTREN BERCINTA ZAMAN DULU


Contoh surat cinta yang dikumpul oleh seorang sahabat. Bayangkan, adakah budak-budak sekarang mampu tulis surat panjang begini untuk bercinta? Nak tulis SMS pun shortform gila punya short.


Bulan Februari biasa orang kaitkan dengan bulan percintaan kerana dalam bulan ini terdapat Hari Valentine ataupun Hari Kekasih. Walaupun semua tahu bahawa cinta dan sayang itu perlu dirai bukan setakat pada bulan Februari tetapi pada setiap hari. Ok, mari baca cerita yang aku rasa macam perlu dikongsi kepada orang lain. Semoga menjadi panduan dalam hubungan percintaan yang lebih utuh.

Pada zaman sebelum terkenalnya internet dan social network, zaman dimana percintaan tetap disemai walaupun dipisahkan kilometer. Budak-budak zaman sekarang sudah semakin mudah untuk berhubung sesama sendiri. Tekan tekan terus hantar teks. Tekan tekan terus kemaskini blog, facebook dan twitter. Mudah. Tapi apa yang dilakukan oleh mereka yang mula hendak berjinak-jinak dengan bercinta pada akhir 90'an dan awal 2000 lakukan untuk flirting dan berhubungan? Sudah tentu aku tak nak bincangkan cara-cara bercinta tahun sebelum itu sebab zaman aku membesar adalah range timeline yang aku berikan tadi.

Ini adalah berdasarkan pemerhatian aku terhadap kawan-kawan aku yang kebanyakkannya penghuni asrama era 90'an. Ia mungkin berbeza dengan mereka yang bersekolah harian berbanding budaya sekolah asrama. Apatah lagi sekolah agama berasrama.

LETAK SURAT BAWAH MEJA
Untuk berkirim salam adalah sesuatu yang agak sukar kerana pelajar wanita dan lelaki dipisahkan di kelas yang berlainan. Cara ini adalah sesuai bagi mereka yang berhati cekal kerana si lelaki sanggup ke kelas si awek pada waktu tengah malam bagi mengelakkan ditangkap oleh warden asrama, dengan ditemani geng-geng yang lain kerana takut hantu. Begitulah selanjutnya aktiviti mingguan atau harian, berutus surat dengan letak surat bawah meja sehingga mereka dapat keluar dating pada hari Jumaat nak balik kampung, di dalam keretapi mahupun di stesen bas ekspress.

KIRIM SURAT MELALUI ORANG TENGAH
Biasanya yang menjadi orang tengah ini adalah seseorang (selalu junior) yang ada pertalian dengan si awek. Contohnya, sepupu atau jiran. 2 keadaan yang memungkinkan mereka untuk berutusan surat. Pertama, hujung minggu bila ibu bapa si awek atau si sepupu datang melawat. Dan kedua, sewaktu nak balik kampung, kirim surat sekali kepada sepupu awek tu.

TELEFON MASA BALIK KAMPUNG
Masa ni la galak telefon guna telefon rumah. Rasa takut nak call selalu memang ada sebab takut bapa si awek yang angkat panggilan dan kalau tak bernasib baik, memang kena marah.

MESYUARAT PERSATUAN/KELAB/BADAN BERUNIFORM/RUMAH SUKAN
Biasanya si lelaki akan join persatuan/kelab/badan beruniform/rumah sukan yang sama dengan aweknya/awek yang ditarget. Dalam mesyuarat, si lelaki akan cuba untuk dapat jawatan yang tinggi (biasanya senior punya taktik) supaya ada point nak bercakap dengan awek/awek yang ditarget (yang biasanya junior). Bila nak suruh jumpa di kantin pun ada point, takde la orang pandang serong sangat. Mesyuarat pula tak selalu ada sepanjang tahun. So, si lelaki kena budget-budget la nak mengorat sampai mesyuarat kali ke berapa sebelum dapat tackle awek yang ditarget.

ATLIT SEKOLAH/AHLI SUKAN
Golongan ini sangat bernasib baik, samada atlit lelaki mahupun wanita. Regardless sukan apa yang mereka wakili, paras rupa ataupun darjat, mereka ini tetap ada peminat. Kakak angkat la, abang angkat la, adik angkat la. Mereka tak perlu bersusah payah nak bagi surat ke ape ke sebab para peminat mereka yang akan cari ikhtiar untuk kirimkan surat kepada mereka. Mereka juga digelar selebriti dan atlit yang paling popular ialah bola sepak dan olahraga.

AUTORITI
Ini biasa disalahgunakan oleh para pengawas. Dikebanyakkan sekolah asrama, para pengawas akan ditugaskan menjaga kelas adik-adik junior dan kebanyakkan kelas adik-adik junior dah mula digabungkan pelajar putera dan puteri, pada waktu kelas persediaan (prep class) petang dan malam. Dengan autoriti yang ada, mereka akan berjalan dari kelas ke kelas kononnya untuk menjaga keamanan kelas junior pada waktu kelas persediaan (prep class). Bila dah jumpa junior yang agak comel (biasa ini kerja terkutuk pengawas lelaki) dia akan pura-pura borak dan minta swap (tukar jadual jaga kelas) dengan pengawas yang sepatutnya menjaga kelas berkenaan dan swap kelas. So, boleh bayangkan. Sehari ada 2 kali prep class. Seminggu ada 5 hari wajib ke prep class. Makanya seminggu mereka ini ada 10 kali peluang bertentangan mata dan mengatur strategi mengorat junior.Oh My! Rugi tak jadi pengawas masa sekolah dulu. Huhuhu.

Jangan bohong la kata korang tak pernah buat...

6 comments:

  1. hahahaha...teringat zaman cinta monyet time kat sekolah asrama zaman muda dulu2..x dinafikan tu semua adalah taktik2 sang jejaka nk mengorat si gadis...kelakar pulak bila ingat balik...hehehe

    ReplyDelete
  2. pernah kena taktik "letak surat bawah meja" ngan kirim surat melalui org tengah...hehehehe

    tapi syg, surat2 tu semuanya dah dibakar...so, xde satu pon dalam simpanan sbg kenang2an...(",)

    ReplyDelete
  3. haha..mmg byk beza zaman dulu dan kini...zaman dulu sanggup bukak torch ligth nak mengarang surat tgh2 malam..sbb kalau bukak lampu kang kena denda ngan warden sbb dh masuk waktu tdo..

    zaman kini tak payah guna torch light dah sbb hp mmg dh ada cahaya..kihkihkih

    ReplyDelete
  4. Gua buat item no 1,2 & 3 je Win...

    Susah2 pun awek smpai 4 jugak hahaha

    ReplyDelete
  5. Cilakak, sempat collect smpi 4 gak kau eh kat skolah dulu. Ni 4 ni termasuk adik angkat dgn skandel ke?

    ReplyDelete

Komenlah Aku