Lepak di kedai mamak lepas balik dari kerja adalah aktiviti yang semakin aku abaikan. Sejak kerja mula bertambah dan tanggungjawab semakin serius, aktiviti ini aku terpaksa lupakan sebentar.
Petang itu, aku pulang awal. Tekak pun teringin bebenor nak makan roti nan cheese dan ayam tandoori bahagian peha kanan. Aku singgah di kedai mamak yang dulu pernah bertakhta di hati.
Aku cari seat yang paling steady-tak-sakit-tengkuk-nak-tengok-screen. Screen tengah tayang cerita baik punya. Ngam ngam aku datang, mamak bukak CD movie sedap. Macam nak meraikan kedatangan aku pula. I terharu tawww.
Mata melilau-lilau cari pekerja mamak yang aku biasa ambil order. Nak ambil order bukan dengan sebarangan orang. Sebab ada segelintir tu pure dari India, masih dalam crash course belajar bahasa lagi. Nanti minta nan cheese ayam tandoori bahagian peha kanan dapat nasi lemak ayam goreng bahagian dada plak. Hish, mana ada orang makan ayam bahagian dada? Dari nanti panas hati sebab order lain dapat lain, baik aku tunggu sampai aku nampak pekerja mamak yang aku biasa ambil order.
Tunggu.
Tunggu.
Tunggu.
Ok, aku mengalah. Mamak Sahul dah ambil ramai pekerja baru. Dan semua nampak sama. Tak tahu nak panggil yang mana.
Aku lambai tangan kanan panggil seorang waiter. Sambil tunjuk isyarat "minum". Dia buat muka derk. Aku lambai tangan kanan lagi sambil buat isyarat "minum". Lagi muka dia blur. Aku lambai tangan kanan lagi sambil tunjuk isyarat "minum" tapi kali ini tangan kiri tunjuk isyarat lucah bawah meja. Dia tetap dengan muka blur. Kemudian aku nampak dia panggil seorang geng dia dan geng dia datang pada aku.
"Mau oder appa bang?"
"Nan cheese ayam tandoori bahagian peha kanan. Minum, teh tarik gelas besar dengan ais kosong satu."
"Ittu saja bang?"
"Lagi satu. Apsal kau punya kawan tadi aku panggil dia tak mau mari sini?"
"Bhaiyya, itu bukan kawan saya la. Itu customer sini juga."
"Owhhh...."
Nasib baik brader yang aku panggil tadi dah on the way balik. Kalau dia baru nak makan, nescaya aku sanggup tangguhkan aktiviti kempunan-nak-makan-nan-cheese-ayam-tandoori aku ke hari lain.
I malu tawww.
Apasal ko tak panggil ronaldo?
ReplyDeleteRonaldo takde masa tu. Ntah mana pegi ntah mamat tu. Aku syak dia kena buang keje sebab bagi budak2 ni resit free masa world cup aritu.
ReplyDeletemalu betol win kene macam tu.
ReplyDeletemember tu pakai uniform same dengan waiter ke
baju mcm iras2. tapi aku tak perasan sangat. hahahaha. buat derk je oi.
ReplyDelete