Wednesday, October 13, 2010

KARMA

Dalam semenjak dua menjak ni, aku baru sedar yang aku mula berfikiran positif dalam banyak hal. Tak macam dulu, asal ada benda yang aku tak suka sikit, mengamuk sahaja.

Contohnya, pagi ini ada seorang makwe yang aku nak tackle dulu add aku as friend dalam Facebook. Mula-mula tu seronok jugak la sebab ingat boleh nak sambung tackle. Tapi sekali tengok gambar, dia dah tunang dah. Nak marah pun takde guna. Last-last aku ucap tahniah pada dia. Bila aku fikir-fikir semula, kalau lah ditakdirkan dulu dia dengan aku bercouple, aku rasa sampai sekarang tak bertunang lagi, apatah lagi nak berkahwin.

Tak macam dulu.

Contohnya, suatu pagi aku search makwe yang aku nak tackle dulu (yang lain) dalam Friendster bagai nak gila. Bila dah jumpa, tengok gambar, dia dah kahwin. Tengah mengandung dah pun. Dek kerana melihat dunia pada sudut yang salah, aku PM dan cakap benda yang tak sepatutnya aku cakap. Tup tup putus kawan.

Dan bila aku melihat dunia pada sudut yang positif, banyak benda baik yang terjadi pada aku.

Mungkin aku terpengaruh dengan cerita "My Name Is Earl" kot.

Emmm... Esok aku buat list aku :)

3 comments:

  1. aku rasa ko sesuai jadi randy lah.

    he he

    ReplyDelete
  2. berfikiran positif amalan muslim seharian.husnul zan win...bagus la tu..

    ReplyDelete
  3. Pais : Cilakak. Randy buat ape. Baik aku jadi Catalina. Hot skit. Hahaha

    Poji : Benda ni aku tgh nak jadikan amalan seharian. Kadang2 tu, tak dpt kawal gak. Hu hu hu.

    ReplyDelete

Komenlah Aku