Mata Shah jadi tak mengantuk. Entah kenapa dia masih lagi berfikir tentang mimpi semalam. Seorang tua berjanggut paras dada, berbaju t kolar bulat dengan lukisan kugiran KISS dan berseluar yankee datang kepadanya dan menyebut satu perkataan yang bakal mengubah kehidupan Shah akan datang.
Hurdiati.
Sampai ke hari artikel ini ditulis, Shah masih tidak dapat mencari makna yang cuba disampaikan oleh orang tua berjanggut paras dada, berbaju t kolar bulat dengan lukisan kugiran KISS dan berseluar yankee cuba sampaikan. Jangan katakan wikipedia, habis semua enjin pencarian di dunia siber digunakan untuk mencari makna Hurdiati. Yahoo!, Google, Redtube dan segalanya. Masih belum ketemu jawapan.
Ada satu ketika sewaktu berbuka puasa dengan kekasihnya. Aja. Ketika menunggu waktu azan Maghrib, Shah mengelamun dan menyebut perkataan Hurdiati.
"Apa u cakap tadi?" Tanya Aja. Curious as a cat. Meowww....
"Hur.. Eh, mana i ada cakap apa-apa?" Balas Shah mengelak.
"Ada tadi. I dengar." Aja cuba pancing.
"Oh.. I ckp Astaghfirullah... Saja i mengucap. Kan elok bulan puasa ni kita mengucap." Shah cuba berdalih.
"Sayang, tu namanya beristighfar la. Bukan mengucap. U ni, jahil betul la." Cebik si Aja.
Tiada sesiapa yang perlu tahu apa atau siapa Hurdiati itu. Biar rahsia ini dia sendiri yang pendam. Biar ia jadi sebutan dalam hatinya. Kalau kantoi pada Aja, mampos nanti dia ingat Hurdiati tu nama makwe. Memang ada iras-iras nama makwe tapi Shah tak pasti. Tapi kalau betul makwe, apa salahnya.
"Hik hik hik." Hati Shah gelak sorang dia.
Sekarang, perjalanan mencari makna Hurdiati akan bermula. Dengan senyap. Shah tak mahu dunia menggelakkannya bila mereka tahu yang Hurdiati tu nama kereta atau nama tempat dan lebih teruk jika Hurdiati nama kucing. Mampus kena gelak dengan Uya nanti.
Tapi itu cerita lain.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku