Semakin hari Shah mula mengumpul perkumpulan untuk menyiasat makna perkataan Hurdiati. Dari negeri paling Pantai Timur hingga ke negeri paling utara. Dari pekerja pencacai angkat najis hingga ke guru yang selalu hilang gigi. Semua turut berkongsi obses dengan Shah. Mencari makna Hurdiati. Shah tidak menawarkan apa-apa harta berbentuk material atau sebarang harta intelek. Ini lebih kepada brotherhood. Macam brotherhood Shah dan Geng Misi Black Hawk Down 8 tahun lepas. masing-masing punyai level kepuasan untuk dikecapi.
Pencarian bermula laman sosial Facebook. Shah berpura-pura letak statusnya sebagai, "Thanks... Hurdiati!".
Dari situ, seorang demi seorang kawan-kawannya memberi komen yang positif. Tak kurang juga yang negatif macam,
"Woi Fish, tunang second ke?'
" Cilakak fler, hulur-hulur sikit la weh"
Namun begitu, Aja kelihatan rilek dan tidak menggelabah. Dia tahu takde siapa yang berminat sangat nak tackle pakwe dia. Perangai tak senonoh macam Shah cuma dia aje yang boleh handle. Rahsianya? Lagu-lagu Korea. Boleh buat besi galvani dan ego tebal 3 inci cair wo!
Namun, sedikit sebanyak maruahnya tercalar dek makin negatif komen-komen.
Memandangkan Aja dah naik hangin, Shah cuba placing Hurdiati pada benda lain.
"Hurdiati tu lelaki la, kawan Muaz" - Alasan pertama. Placing pada Muaz.
"Hurdiati tu nama betul Dottie. Dottie - Hurdiati. Kan sama tu." Alasan kedua. Placing pada Moha.
"Hurdiati tu janda Kadiaq la. Dia suruh jagakan." Alasan ketiga. Placing pada Kadiaq.
Aja semakin merajuk.
Sejak hari itu, Shah bubarkan perkumpulan mencari makna Hurdiati. Biar la Shah mencari makna Hurdiati sendiri-sendiri. Dia tak mahu sebab pencarian ini hubungan dia dan gadis jiwa Korea akan putus begitu sahaja.
Lalu, Shah pun layan filem She Not That Into You di HBO.
Sekian.
P/S : Sampai sekarang Atori masih lagi mencari makna Hurdiati dalam semua kamus pelbagai bahasa, "Kalau makna bagus, aku nak letak nama anak aku Hurdiati dowh!"
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku