Wednesday, July 01, 2009

16 AGAIN

Aku tidak di'tag' oleh mana-mana manusia tetapi ini adalah tag pertama yang benar-benar menarik perhatian aku. Tidak seperti tag-tag sebelum ini yang perlu dipaksa beberapa kali sebelum aku sempat menyetelkan tag itu.

Let's start. Masuk dalam laci Nobita. Guna mesin merentas masa untuk ke SMKAS dan letakkan surat ini di dalam locker aku di dorm Muslim.

Kepada Wiwin 16 tahun,

Jangan rasa terkejut dan teruskan membaca. Ini bukan surat dari mana-mana kawan kau yang mengenakan kau, atau bukan dari mana-mana pelajar puteri yang kau selalu tengok dari jauh sambil berangan bukan-bukan. Ini dari kau yang datang 10 tahun akan datang. Yang mana waktu kau lebih berisi dan lebih comel. Surat ini bukannya datang kepada kau sebab nak tolong bagi hidup kau senang, cuma nak bagi sedikit panduan untuk kau jadi lebih bagus.

Wiwin 16 tahun,

Teruskan berlatih main ping pong. Walaupun ada sesetengah pelajar yang langsung tidak mahu kau mewakili sekolah (sebab diorang percaya bahawa budak gemuk tak terer). Tetapi kau teruskan berlatih dengan Balgat. Tak percaya? Bakat dia cuma akan lebih bersinar tahun depan (2000). Percaya cakap aku dan jadilah teman latihan dia. Cuma dia sahaja yang percaya kau layak untuk mewakili sekolah untuk sukan ping pong ini. Keputusan perlawanan? Tak perlu kau tahu. Yang penting, mulakan latihan sekarang.

Wiwin 16 tahun,

Jangan rasa rendah diri dengan badan gemuk kau itu. Cuba hindarkan rasa rendah diri itu. Nanti bila kau dah sampai umur (dan saiz) aku, kau akan jadi lebih rendah diri. Bangga dengan "aset" kau sekarang. Belajar buat muka garang sikit, jangan asyik tidak serius sahaja. Nanti orang tak respek.

Wiwin 16 tahun,

Cepat-cepat la belajar untuk menekel awek. Kalau kau tak bermula awal, kau akan menyesal nanti. Percaya cakap aku. Jangan cakap, masih awal lagi. Biar awal tapi jangan terlambat. Belajar sedikit-sedikit, tak dapat awek masa 16 tahun itu tidak mengapa. Tapi kau kena letak target pada umur 22. Ingat, target tu! Lagi satu, ingat 3K - Karing, Kelakar, Kiut. Kau amalkan 3K ini, aku pasti kau berjaya. Itu petua dari Bujam, kau akan kenal dia 8 tahun lagi.

Wiwin 16 tahun,

Kalau boleh, belajar la rajin sikit. Kalau boleh la, kurang beli dan baca komik. Kalau boleh la..... Kalau kau tak nak rasa memperolehi ijazah sarjana muda dalam jangkamasa 8 tahun, kau perlu belajar rajin-rajin. Aku dah rasa, aku tak nak kau rasa pula. Lama tau! Dalam 8 tahun tu, kawan kau ada yang dah beranak pinak, ada yang dah dapat "master", ada yang dah kahwin 2 kali, ada yang tengah buat PHD lagi. So, belajar rajin-rajin.

Wah, dah banyak sangat pesanan aku pada kau. Manfaat la seeloknya. Mungkin 10 tahun akan datang aku akan bagi nasihat lagi. Tapi masa tu, aku dah tak hantar dalam locker kau. Aku letak dalam blog aku. Ala, blog tu satu fungsi dalam internet. Kau akan tahu nanti. Malas la aku nak terangkan.

Ok, bye.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku