Monday, May 18, 2009

BUDAK

Semalam. Aku terserempak dengan seorang kawan zaman diploma dulu. Dia yang sudah berkahwin, bersama-sama dengan anak lelakinya yang berusia kira-kira 3 tahun. Juga bersama suaminya yang gagah.

Aku tegur. Sebagai seorang sahabat, bukan pemusnah rumahtangga. Selepas bersalaman lebih kurang dengan suaminya, aku salam dengan anaknya yang comel itu.

"Aiman, sini salam dengan Uncle Fikri." kata kawan aku tu.

Aku tersenyum sahaja melihat teletah anak kecil itu. Menggeletak hati bila dia lihat mamat besar nak salam dia. Takut bukan main. Tapi aku tak kesah. Dah biasa. Dulu, ada budak menangis tak henti-henti bila emak dia kata aku ni Bangla nak ambil dia sebab dia nakal.

Ceh!

Sebelum beredar, aku bisikkan sesuatu di telinga kawan aku.

"Rin, kau jangan ngajar anak kau panggil gua UNCLE. Panggil ABANG pun takpe. Gua bukan tua sangat pon."

Rin angguk tanda setuju. Muka terukir senyuman sinis. Aku tak kisah kalau orang kata aku besar, tapi aku pantang kalau orang panggil aku UNCLE. Gua bukan tua sangat pun.

2 comments:

  1. sila hantar alamat penuh anda, agar Tok boleh kirim poskad kemenangan. Gunakan subjek: LIFE IS HELL dan hantar ke tokrimau(at)gmail(dot)com.

    ReplyDelete

Komenlah Aku