Wednesday, April 08, 2009

SIRI BOLASEPAK : ASPA LUPA BERMENTERA

2.00 am. Bilik tivi.

Penyokong-penyokong setia Manchestee United mula memenuhi tempat duduk "Grand Stand" di bilik tivi. Mereka-mereka yang lambat hanya dapat melabuhkan bontot di pinggir-pinggir kekotoran bilik tivi. Tapi mereka nak kesah apa, asal dapat tonton pasukan kegemaran mereka, itu sudah mencukupi. Masing-masing berdebar-debar apabila aksi sepak-mula dimulakan.

Di celahan banjiran umat itu-lah, Topek duduk. Melabuhkan punggung berkeratan rentas menarik itu bersebelahan bantal golek berbentuk silinder. Duit kertas RM1 masih digenggam erat. Takut-takut dikebas orang. Ini duit bukan sebarangan duit kertas. Kertas ini akan berganda jika Manchestee memperolehi kemenangan nanti. Topek asyik tersenyum dari tadi sambil otaknya ligat mengira duit yang bakal diterimanya nanti.

Di celah yang lain pula, John yang dari tadi terkumat kamit bermonolog sendirian. Entah apa yang dia kata, tidak kedengaran. Yang pasti, itu bukan mantera yang Aspa terkumat-kamit tempohari. Oh ya, John tengah berlatih bersorak! Ye la, mana tahu Manchestee menang, dah prepare awal-awal. Sedap sikit nak bersorak nanti. Sambil berlatih, John senyum sendiri.

Eh, macam tak cukup korum pula dalam bilik tivi ni. Mana Aspa?

*****
.
2.05 am. Bilik Aspa dan Kerol.
.
Aspa lengkap berpakaian seragam. Baju hitam, yankee hitam, rokok daun. Ala-ala dukun santet. Penuh harapan, dia mengharapkan kekalahan Manchestee bila berdepan Porto awal pagi ini.
.
Lepas meneguk sisa-sisa neskafe 3-in-1 yang dibancuh Kerol, Aspa rasa dia sudah berada dalam 100% stamina untuk menonton perlawanan Newcastle, tetapi dalam kes awal pagi tadi, dia menyokong Porto. Selangkah dia keluar dari bilik, tiba-tiba...
.
Tet tet... Tet tet... Bunyi teks masuk.
.
"U tengah buat apa ni? I boring la." -MySweetHeart-
.
Aspa gelengkan kepala. "Ish la, awek mesej pulak." getus hatinya.
.
Aspa menghempaskan tubuhnya atas katil. Sepanjang sesi berbalas teks, senyum tidak pernah lekang dari mulut Aspa. Aspa nampak bahagia. Kerol pun senyum. Tapi tak bahagia. Kerol senyumkan sahaja dengan telatah Aspa.
.
*****
.
10.00 am. Bilik Aspa.
.
Aspa terjaga dalam keadaan paling menyebalkan. Kepala berpinar-pinar. Rambut kusut. Kredit habis. Seluar bertompok. He he he.
.
"Damn, damn, damn," Aspa menyumpah. "Kerana wanita, aku terlepas match paling penting dalam hidup aku."
.
Dalam keadaan menyumpah seranah itu, Aspa tiba-tiba ketawa berdekah-dekah. Memecah kesunyian pagi tatkala monyet-monyet sedang sibuk membongkar tong sampah berdekatan. Sambil jarinya ligat menekan-nekan punat telefon bimbitnya. Teks dari servis maxis bolasepak.
.
"Yeah!" Aspa bingkas bangun. Porto tidak perlukan mantera ajaibnya untuk menang. Cukup sekadar seri untuk menumpaskan Manchestee.
.
Aspa segera ke bilik Topek. Menuntut kemenangan. Menuntut RM1 dari Topek.
.
P/S : Aspa bukan Azfar. Aspa juga bukan Arfa. Aspa adalah Aspa. Aspa adalah sesuatu yang lain. Sesuatu yang lebih nakal dan keji. Sesuatu yang terlalu imajinasi untuk diimajinasikan. Aha!

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku