Wednesday, April 08, 2009

PENANGAN AKHIR SEMESTER AKHIR 1

Alhamdulillah, semester terakhir aku dah pun hampir berakhir. Hampir 3 tahun setengah aku memikul tanggungjawap sebagai seorang pelajar universiti kampus utara ini. Penat lelah menjadi cebisan kebanggaan yang bakal aku kepit dalam pencarian kebahagiaan kehidupan yang akan datang.

Semakin berakhirnya semester, semakin lebat undangan ber'dating' yang aku terima. Tak kurang juga undangan ber'couple'. Tapi apakan daya, aku terpaksa menolak beberapa undangan dan mengutamakan undangan yang penting. Kadang-kala aku terpaksa bersikap 'jerk' dan terlalu memilih. Jangan ambil hati ya. Sorry guys.

Akhir-akhir ini, jarang dapat berdampingan dengan Din, junior aku yang sedang hangat-hangat bercinta dengan Angel-nya. Aku berharap dia bukan merajuk dengan aku sebab aku pinjam gambar Angel dia untuk menghiasi seketika blog aku ini. "Din, kau tak merajuk, kan?". Harap-harap Din sudi bawa aku jalan-jalan naik WaSaBi-nya sebelum semester ini berakhir. Lagi satu, "Aku nak ambil gambar dengan Angel kau lagi, boleh tak?"

Ramai juga yang tertanya-tanya kepada aku, "Misi 30 Hari Mencari Cinta" aku dah tercapai ke? Tak sangka, ada juga orang yang concern mengenai perkara ini. Thanks.

Untuk makluman, aku secara tidak rasminya memanjangkan tempoh misi ini dan misi ini sekarang bergelar "Misi 3 Tahun Mencari Cinta". Amacam, boleh blah tak?

Kenapa? Sebab aku rasa Si Gadis masih belum bersedia untuk berpasangan. Belum bersedia untuk berkongsi rasa dan berkongsi kepercayaan. Aku rasa la, takde la aku tanya direct. So, aku harap dalam 3 tahun ini, hati manusia berubah dan aku masih punya peluang. Aha! Apa-apa pun, kita merancang tuhan menentukan.

1 comment:

  1. Misi yg menarik....

    Semoga berjaya...

    Cayokkkk


    -Dheartyizan.org-

    ReplyDelete

Komenlah Aku