Monday, April 06, 2009

SIRI BOLASEPAK : ASPA BUAT HAL LAGI

Malam tadi. Manchestee United lawan Aston Villa. Bilik tivi.

Aspa masuk bilik tivi. Tapi semua buat derk je. Aspa tak macam selalu-selalu. Tak bising macam selalu, tak kecoh macam selalu. Kali ini dia diam sahaja. Buat muka macam dukun santet. Dengan baju hitam. Dan seluar yankee hitam.

Port baring atas toto dah penuh dengan penyokong-penyokong Manchestee United. Aspa sokong Newcastle tapi dalam kes malam tadi, Aspa sokong Aston Villa pula. Mahu tak mahu, Aspa duduk atas meja je la. Lagipun atas meja boleh gulung rokok daun. Baru la nampak samseng sikit bila hisap rokok daun. Gambar paru-paru hitam pun takde.

Sambil-sambil gulung, Aspa baca mantera sikit-sikit. Sihir untuk Manchestee United teruskan badi kekalahan mereka.

" Man U kalah, Man U kalah, Man U kalah." terkumat-kamit mulut Aspa bermantera bomoh siam sambil kepol-kepol asap keluar dari mulutnya. Diulang-ulang sampai la Federico Mancheda jaringkan gol kemenangan Manchestee United pada minit ke-90 + 3'.

Lepas itu, Aspa tukar bacaan mantera pula. Ubah taktik. Kali ini sihir bomoh Amerika pula.

"Damn, Damn, Damn." Terkumat kamit mulut Aspa bermantera sambil kepol-kepol asap keluar dari mulutnya. Diulang-ulang sambil keluar dari bilik tivi. Sorakan penyokong Manchestee United masih lagi kedengaran.

Aspa tak kesah. Dia mahu cuba lagi rabu ini. Manchestee United lawan Porto. Rasa-rasa boleh berkesan kot.

p/s: Jangan gatal-gatal cuba teka siapa Aspa. Aspa ini cuma watak rekaan. Kalau TERsama nama, harap maaf la ye.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku