Hari itu. Pagi. Kelas Jeneral.
Jeneral dah tak puas dengan berdiri. Dia lebih suka dengan kerusi. Jadi dia keluarkan perintah untuk berdiri atas kerusi. Kami, selaku prebet, ikutkan sahaja. Kecuali satu orang. Jeneral yang tak bagi. Sebab tak nak tanggung kos kerusi patah. Jeneral puas hati.
Hari itu. Pagi. Bilik Jeneral.
Jeneral suka cakap kuat-kuat. Desibel-nya tinggi sekali. Luar bilik pun boleh dengar. Bila turn kami menghadap, kami menggigil. Aura Jeneral lain sekali. Tengok mata pun dah boleh menangis. Belum lagi tengok tin Nescafe Mocha atas meja dia lagi. Untuk kelihatan lebih garang, Jeneral buka beret, menampakkan rambut lebatnya. Banyak yang dia bagi pagi itu. 2 orang gigolo, 2 orang pelacur, beberapa moron dan bodoh, dan juga beberapa keping gelakan jahat.
Tapi kami tak kesah. Kami dah buat persediaan serba lengkap. Mental dan fizikal. Dengan nasihat dari Muffler. Dan pengalaman di kelas sebelum ini.
Esok. Pagi. Bilik Jeneral.
Kami buat semula report ikut suka hati Jeneral. Bagi hati dia puas. Kami akur. Kami cuma prebet, dan dia adalah Jeneral. Bak kata orang kita, kami mana boleh terbang bersama.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku