Sunday, November 16, 2008

AKU BUTUH BANTUAN KALIAN

Seperti yang ramai tahu (aku assume bahawa 3 ucapan itu dah di kira sebagai banyak), hari ulang tahun aku yang ke jubli perak dah berlalu beberapa hari lepas.

Dan dalam ramai-ramai kawan, aku ada dapat satu hadiah. Ya, satu. Tapi itu dah cukup memadai dari tak dapat apa-apa langsung. Lagi haru, kan?

Si dia yang bagi aku hadiah ini turut meraikan ulang tahun kelahiran pada bulan november ini dan aku berjanji nak bagi hadiah juga.

Dan aku bingung tak tahu nak bagi hadiah apa. Apa sebenarnya yang wanita nak dalam pemberian hadiah ini? Setakat nak bagi "ikhlas", aku takde hal-lah.

So, tolong bagi advice aku perlu bagi apa ya? Tinggalkan dalam ruangan komen ye. Thanks.

p.s : sebelum 24 November 2008 tau! Hehehe....

3 comments:

  1. handphone blackberry bold aku mahu :)

    ReplyDelete
  2. Kang kalo aku komen kat cni..dia nampak...dah tak spesial lah kan..?

    Aku ade beberapa siri hadiah yang takde lah mahal mne..tapi sangat sweet...

    Kalo ko berminat..sila emel aku..

    ReplyDelete
  3. x perlu hadiah mahal2...

    apa kata ko buat kad birthday sendiri...

    ReplyDelete

Komenlah Aku