Pagi tadi, aku sempat pergi kelas pukul 8.00am. Walaupun terjaga dari tempat beradu pada pukul 8.00am. Nasib baik Muaz sempat kejut dan bermurah hati nak tunggu aku mandi. Kalau ikut hati Muaz, nak je dia blah pergi terus ke kelas. Nasib baik aku pancing dengan roti gardenia sapu Peanut butter Blueberry jam.
Kelas pagi tu agak boring. Cuma yang best, part lecturer cerita tentang tugas berat seorang akauntan. Oh, teringat pula aku pada kata-kata Tomoq dulu.
"Ala, keje akaun bukan susah sangat. Setakat masukkan nombor dalam template income statement dengan balance sheet je. Pastu pura-pura tekan calculator. Akaun, senang je..." - Tomoq-
Itu la Tomoq. Mana boleh kalah. Dia ingat dengan degree international business dia tu, dia dapat kerja international company ke? Setakat kerja kat Petronas KLCC pun guna cable, budget best pula.
Ok, kita berbalik pada cerita tentang tugas berat tadi.
Dalam sektor pembinaan. Memang jadi kebiasaan. Untuk kita bayar suatu harga sampingan. Bagi mendapatkan sesuatu projek. Bohong la kalau tak kena bayar duit tepi tapi boleh dapat tender riban-riban.
Nak dijadikan cerita. Transaksi ini mesti melibatkan duit berjuta-juta.
Kita ambil contoh Rm 1,000,000 duit tepi bagi tender bernilai juta-juta.
Sebagai seorang akauntan syarikat yang jujur tapi tak mahu kena fired, transaksi perlu diteruskan. Nak sumbat dalam akaun mana duit RM 1,000,000 tu? Satu jumlah yang material macam ini susah nak sembunyikan.
Di sini tugas berat akauntan bermula. Bukan senang nak menipu tau. Sangat ambil masa. Penelitian penuh. Kalau kantoi dengan auditor, memang jadi penghuni lokap la jawabnya.
Jokes untuk akauntan dalam keadaan ini. "Lepas sain report untuk tahun ni, next year mesti akan resign". Kenapa pula? Lagi banyak menipu lagi banyak kesalahan. Lebih baik angkat kaki dulu.
Tak senang nak jadi akauntan ni adik-adik...
salam sukses... ebook THE MASTER KEY SYSTEM... NICE TO READ... free download....
ReplyDelete