Sekarang di kampus ini, ada satu kempen sedang sibuk orang perkatakan. Kempen Eco. Kempen memulaukan penggunaan barangan plastik. Beg plastik, bekas polistrin dan pelbagai lagi.
Sebagai permulaan dulu, masa mula-mula masuk daftar semester dulu, penggunaan bekas polistrin untuk tapau makanan diharamkan. Digantikan dengan penggunaan eco-pack. Bekas tu macam bekas polistrin gak tapi berasaskan kertas atau sabut kelapa sawit (?). Dan yang tak best-nya, satu bekas eco-pack berharga RM 0.20 se-bekas. Kena beli sebelum nak tapau makanan. Kalau dulu bekas polistrin adalah percuma. Biasalah manusia, tak mudah terima perubahan. Mula la bising-bising. Tapi aku cool. Sekarang, menjadi permandangan biasa kalau budak kampus ini tapau guna tupperware atau tipu-ware.
Itu satu hal la.
Kemudian, beberapa perubahan pun menyusul.
Kalau dulu, budak-budak sini suka tapau air guna plastik. Dapat banyak. Baru minum puas. Yang terbaik. Tapi sekarang, kalau nak tapau, dah kena guna cawan kertas. Wajib. Kalau tak, tindakan disiplin akan diambil. Harga sama mahal tapi air dapat sikit. Agaknya lah, memang takde budak nak tapau air kat cafe kalau gini rupanya. Macam beli air kat pasar malam pulak.
Kemudian, koperasi pula mengambil peranan. Kalau nak beli barang kat mana-mana francais koperasi dalam kampus ini, tidak akan dibekalkan dengan apa-apa jenis plastik sekali pun. Sebab. Sebelum tu, pihak mereka ada menjual sebuah beg (macam beg kertas tapi bukan beg kertas). Untuk tujuan penggantian beg plastik. Harga promosi RM2.50. So, kalau nak shopping kat koperasi, jangan lupa bawa beg plastik sendiri atau anda akan bawa barang anda tanpa beg. Macam mana tu?
Aku tak kesah kempen-kempen ni. Lagi pun, aku sayang alam sekitar. Bekas eco-pack boleh terlupus jika berada dalam tanah. Berbanding dengan plastik dan polistrin. Siapa lagi yang nak mulakan kalau bukan kita?
Ye tak? Aku harap lepas ni, banyak lagi pihak yang akan ikut.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku