Friday, August 15, 2008

BALIK KAMPUNG

Hari ini ramai pelajar dah mula pulang ke kampung. Cuti hingga 23 Ogos 2008. Tapi. Ramai pelajar kolej kediaman aku masih lagi memunggah barang-barang. Angkat kotak berkotak-kotak. Angkat beg berbeg-beg. Penat.

Kolej aku terpilih untuk dijadikan kediaman peserta atau atlit untuk Sukan PDRM peringkat mana tak tau.

Mangsa? Kami. Kena kosongkan bilik. Angkat barang sana sini. Apa boleh buat. Nasib badan.

Aku. Akan bertolak ke Kuala Lumpur. Esok pagi. Jam 11.30 am waktu melayu. Dan. Dijangkakan tiba jam 6.30pm waktu tempatan. Terus belajar naik STAR ke Bukit Jalil. Sebab hari Ahad nak pergi jemputan kahwin Jamal dan Rini, rakan se-Politeknik dulu.

Buat rakan-rakan yang tidak balik. Atau. Balik lambat. Atau. Balik dengan awek tapi bateri kereta kong. Atau. Balik kampung dengan otak pikir nak expend bisnes baju. Hope to see you soon in one piece.

Holla!

1 comment:

Komenlah Aku