Tidak. Entry ini tidak mengutuk siapa-siapa. Entry ini hanya cuba menyampaikan mesej keamanan. Dan kesedaran. Tentang kita. Tentang pilihan kita. Memilih kawan-kawan.
Bila kita berada dalam zon selesa (Comfort Zone), kita tidak akan buat sesuatu untuk tujuan naik taraf (upgrade). Contohnya, bila kita sudah berkawan dengan sekelompok masyarakat yang gemar untuk saling kutuk mengutuk, kadang-kadang kita akan lupa yang kutuk mengutuk itu ada batasnya. Kita kutuk sampai sanggup dedahkan masalah dalaman (Internal problem) kawan sendiri. Macam Tomoq.
***Tersenyum puas setelah selesai bersenggama.
Bercerita tentang pengalaman. Aku sudah mempunyai 5 kelompok sahabat di 5 institusi pendidikan yang berbeza. Sekolah tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, politeknik dan universiti. Di setiap kelompok ini, mereka terdiri atas perangai yang berbeza. Sangat berbeza. Kita kena buat pilihan yang betul. Bukan berdasarkan teori statistikal sahaja, malah teori kelakuan turut diambilkira.
Zaman tadika, semuanya tahu untuk bersuka ria sahaja. Ejek mengejek sudah jadi suatu permainan. Masuk peringkat sekolah rendah dan menengah, aku masih tercari-cari kawan yang dianggap “Friend in need is a friend in deed”. Tak jumpa pun. Mungkin sebab pemikiran mereka waktu itu masih belum cukup matang. Masih belum kenal bulat bujurnya dunia luar.
Tiba zaman di politeknik, aku sudah boleh kenal bentuk kawan yang boleh diharap, yang tidak boleh diharap dan sekadar berkawan sahaja. Sebab waktu itu aku bukan hanya bergaul dengan kelompok kawan aku sahaja, malah perlu berinteraksi dengan pelbagai jenis orang. Aku amat hargai zaman itu.
Dan sekarang. Di zaman universiti. Pelajar dianggap sudah matang. Sudah pandai beza yang baik dan buruk. Aku berharap dapat berada dalam kelompok kawan yang matang. Dan memahami. Yang tahu batas bergurau senda. Yang mentalitinya lebih tinggi dari budak tadika. Dan aku rasa aku berada dalam kelompok yang betul.
Tapi sayangnya, dalam setandan pisang, tak semuanya yang elok. Begitu juga dengan kelompok ini. Ada seorang yang buruk. Yang busuk. Yang keji. Yang sengal. Macam ubi. Dan aku rasa aku tak patut berkawan dengan dia. Peduli apa kalau dia rasa aku yang buruk. Yang keji. Yang busuk. Dan hari ini. Di blog ini. Aku akan buat sesuatu yang drastik.
Aku yang selama ini boleh bersabar. Akan jadi kasar. Akan jadi niceless. Akan jadi kejam. Akan bermulut jahat. Pada dia. Pada Tomoq. Kekasih kepada Eija “Emak Tiri”. Room mate kepada Superman Batak.
No more Mr.Nice Guy!
lain mcm je.gaduh ke ni?ala kuci kuci
ReplyDeleteaku setuju.. aku x kesah kalau org kutuk.. tp biar ada batasnya..
ReplyDeletemasih ingt lagi dengan matang? ala.. iban sesat tu. hidup dengan dunianya..
aku harap dia dah matang skang ni..
walaupun perut ko lebih besar dr aku win, ko tetap hensem dr matang tu..