Monday, August 25, 2008

MAKAN BERADAB MEJA PENGANTIN

Minggu lalu. Aku berhajat singgah di Kuala Lumpur. Sebelum pulang ke Johor Bahru. Untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat. Nasib sangat menyebelahi aku. Kerana aku tidak terpilih sebagai pengapit pengantin. Ada seorang lagi sahabat yang calon diri sendiri untuk jadi pengapit. Fuh....

Kami. Bertiga. Terpaksa mengikut rombongan pengantin. Sebab kereta tak cukup. Aku tak kisah. Janji pengantin bagi makan cukup untuk perut aku ini.

Seperti dijanjikan. Aku. Dan. Buntal. Disuruh duduk sebaris dengan pengantin. Di meja makan damai. Lauk nampak menyelerakan. Biasa la lauk pengantin. Lauk bukan lauk yang macam mamak Subaidah masak. Bukan yang macam cafe Mak Ngah masak. Ini bukan lauk main pondok-pondok.

Aku mula pasang angan-angan. Sementara tunggu waiteress ceduk lauk. Ini lauk kalau buat buka puasa bulan Ramadhan, sure mengancam la. Memang terduduk punya lepas buka. Memang kalau makan lauk ini, sure boleh buat kita lupa apa itu solat tarawikh. Terus lupa nak sahur. Punya nikmat.

Aku. Dan. Buntal. Terkebil-kebil. Tangan sibuk siat kulit udang sepit biru yang besar penumbuk baby. Sekejap-sekejap ambil tisu. Lap peluh yang meleleh. Mulut terkomot-komot sedut kepala udang. Sekejap-sekejap lidah terjelir-jelir terjulur-julur, tahan pedas.

Tu belum rasa ikan siakap 3 rasa lagi. Pergh! Terangkat beb. Kalau nak digambarkan dengan perasaan sedapnya meratah ikan itu, ianya kurang sedap sikit jika dibandingkan dengan meratah tubuh isteri. Lebih kurang la.

Tiba-tiba aku rasa tak sedap hati. Aku cuit siku Buntal. Buntal tak toleh. Fokusnya hanya pada ikan siakap tu je. Aku cuit bahu pula. Kali ni Buntal tepis. Aku tak puas hati. Aku bisik dekat telinga dia.

"Tal, tak kesah ke kalau kita makan lauk pengantin banyak-banyak ni. Orang dapur tak marah ke?"

"Takpe, kau makan je." Kata Buntal. Langsung tak risau.

"Tapi pengantin dah lama bangun. Tak kan kau dengan aku je nak habis semua lauk-lauk ni." Aku kata.

Kali ni. Buntal terus berhenti mengunyah. Dia ambil tisu. Lap mulut. Terus blah. Aku. Terpinga-pinga. Aku ikut Buntal.

Banyak pula mata-mata nakal memandang kami. Tak kurang juga ada yang berbisik-bisik. Makan punya makan sampai tak sedar pengantin dah habis makan.

Tak boleh ke kita sambung makan lepas pengantin habis makan?

1 comment:

Komenlah Aku