Saturday, May 31, 2008

ARTIS KITA VS ARTIS MEREKA

Cikgu Amin rasa gembira dan teruja malam itu. Malam itu akhbar kata, Faizal Tahir nak turun Perlis. Ada konsert. Tapi mufti tak bagi dia turun. Dia kata Faizal Tahir bawa imej jahat. Tapi Cikgu Amin tak kesah. Dia tak hadap pun nak tengok Faizal Tahir dalam konsert tu. Dia cuma nak cuci mata. Cuci mata yang dah terlalu kotor.

Cikgu Amin datang petang Ahad dengan konco-konco dan gundik-gundiknya. Biar mereka seronok-seronok dulu sebelum jadi "hamba-abdi-penyiap-assignment", kata Cikgu Amin. Mereka sangat teruja sekali. Yeop Sungai Siput dah terguling tersampuk jembalang sebab Fasha Sandha senyum kat dia. Belum tengok Amir Anak Emak, yang berbuih-buih mulut sebab Farah AF2 terkenyit mata pada dia. Tapi Cikgu Amin cool. Dia dah biasa kena ngorat. Lebih-lebih lagi dari artis-artis Malaysia ni.

Azan dah berkumandang. Tadi azan Asar, kali ini mesti azan Maghrib, fikir Cikgu Amin. Puas pusing satu stadium, Cikgu Amin pun jumpa khemah merangkap surau sementara yang selesa siap dengan pendingin hawa. Sementara tunggu surau kosong, perutnya berkeroncong. Duduk-duduk di luar surau, melopong-lopong. Banyak artis kita yang lalu lalang. Macam-macam perangai mereka ni. Cikgu Amin nampak Erry Putra. Ditenung je Cikgu Amin oleh dia. Ceh, lu sombong dengan gua ye, kata hati Cikgu Amin. Tiba-tiba lintas seorang pelakon drama lelaki, Cikgu Amin tergaru-garu kepala yang tak gatal. Lupa pula namanya. Ditenung-tenung lalu pelakon itu melambai tangan. Disahut lambaian itu. Takut dia kata orang Malaysia tak support artis sendiri.

Tapi Cikgu Amin pelik. Takde seorang pun artis yang melintas-lintas, singgah di surau itu. Untuk bersangka baik, mungkin mereka ada surau khas atau mereka tak nampak khemah tu macam surau, barangkali, fikir Cikgu Amin.

Selesai solat maghrib, Cikgu Amin tertoleh-toleh. Kanan. Kiri. Selipar buruknya hilang! Kecoh satu surau.

"Sepatu kamu ya. Sori. Aku pinjam tanpa ketahuan." Seorang lelaki menegur.

"Err...takpe." Jawap Cikgu Amin tergamam.

Itu rasanya ahli kumpulan The Lima, kata hatinya.

Dia toleh arah kanan, arah tempat wudhu'. 3 orang pemuda muka Indonesia. Di hadapan sekali, pemuda berrambut kerinting. Sah! Memang mereka.

"Aiseh...dorang solat sekali dengan kita!" Kata Cikgu Amin. Kebanggaan.

Bukan bangga sebab dapat solat dengan artis, tapi bangga sebab masih ada artis yang tak lupa tuhan walaupun akan ada konsert sebentar sahaja lagi.


***


Satu gerai kerumun. Masing-masing nak dengar cerita karut Cikgu Amin. Bila lagi nak dengar dia mengarut selain dari dalam kelas dan gerai mamak.

"Abistu, cikgu amek gambar dengan dorang tak?" Tanya Jali KWSP.

"Takde keje aku nak amek gambar dengan dorang. Aku amek gambar dengan Aidil Ghafar je." Jawap Cikgu Amin bangga.

"Err...cikgu ni gay ke?" Ada suara dari belakang. Terus sayup tak kedengaran. Takut barangkali.

Kwang... Kwang... Kwang...

2 comments:

  1. pastinya suara dari belakang tu ialah nuar cimb...

    aku pasti....

    ReplyDelete
  2. x kan nuar cimb tu cabut lari lak?

    ReplyDelete

Komenlah Aku