Saturday, January 05, 2008

HARI PERTAMA BERMULA SEBAGAI SEORANG PELAJAR LAGI. MASIH PENING DENGAN ATMOSFERA DI SINI. AKU TERASING BAK MAKHLUK ASING.

4 Januari
~
Badan aku masih lagi penat sebab semalaman tidur atas kerusi tak empuk Durian Burung. Tapi yang peliknya, aku bagai koma sepanjang malam tadi. Sejak naik dari Larkin jam 9.30pm hinggakan pemandu membuat pengumuman bahawa bas dah sampai Changlun lebih kurang jam 5.30am. Rasa macam kena pukau pun ada. Mungkin pendingin hawa bas yang sejuk-sejuk tak sejuk sangat membuatkan aku lebih selesa walaupun duduk di atas kerusi tak empuk. Atau mungkin aku benar-benar kena pukau. P/s: Hati-hati menaiki bas ini. Bukan kerana kepukauannya. Tapi sebab tambangnya yang tak tentu. Sekejap RM65, lain kali RM75, pastu RM60 pulak. Aku naik ni pun sebab terpaksa. Tiket lain dah sold out. Boikot!
~
Sejak dari pagi tadi aku tak boleh nak tidur. Sebab dah puas tidur atas bas kot. Lepas check in masuk kolej pagi tadi [Damn! Kena beratur selama sejam], aku dilawati seorang kawan yang bosan duduk keseorangan di kolej yang lagi satu. Dia dah sampai semalam. Takde yang menarik dalam perbualan kami. Hanya perbincangan tentang rancangan menarik di televisyen yang mengumpan penonton dengan gadis-gadis manis sebagai pelakonnya seperti “Cinta & Keadilan”, “Kisah Kaisara” dan sebagainya. Kami antara mangsanya. Perbualan mengarut yang semakin lama semakin berbaur lucah terus dihentikan sebab perut masing-masing tengah lapar. Kena la cari makanan dengan berjalan kaki sebab kenderaan masih belum sampai lagi. Jauh jugak la. Dalam 500 meter. Bagi aku ini satu bebanan sebab jarak ini bakal membakar kalori yang aku ternak selama cuti semester.
~
Setelah makan dan membeli belah serba sederhana, aku terus la lepak member aku yang satu ni sebab kalau aku balik bilik sendiri, alamatnya terlajak solat jumaat la aku. Oh ya! Duit pinjaman PTPTN dah masuk. Ah... Heaven. Tentunya kalian pernah rasa sebegini waktu belajar dulukan? Dapat duit RM2,000++, 3,4 hari kemudian menyusut serta merta. Perkara biasa. Sekarang kalian dah tak rasa sangat sebab masing-masing gaji sebulan dan sama dengan duit pinjaman aku untuk satu semester. Apa kata kalian derma pada aku sedikit. Kira macam sedekah pada orang yang memerlukan la. Ok? Aku mengarut lagi.
~
Hari yang bosan. Sepanjang hari mengemas bilik yang menjadi sarang pelbagai kuman, kumbang dan pepijat selama cuti semester. Hish! Habuk jangan cakap la. Pening aku. Aku curi penyapu, aku sapu bilik. Aku curi mop dan baldi, aku mop lantai. Home sweet home. Guna tangan pun boleh....
~
Malam lepak bilik kawan aku. Adik beradik pembunuh sibuk nak layan cerita ‘Saw 4’. Dahagakan darah katanya. Mereka seronok tengok adegan bunuh membunuh dan darah berselerakkan. Gila. Hahahaha.... Aku penat. Aku mahu tidur. Hari esok, siapa yang tahu? Lalala.... Aku lalok...

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku