Sunday, January 06, 2008

ASAKAN DEMI ASAKAN BUAT AKU TAK KERUAN

Hari ini aku memulakan sesi pembelajaran sebagai seorang mahasiswa. Walaupun hati ini berat untuk menghadiri kelas pada awal pagi tapi aku gagahi juga demi cita-cita aku. Hahaha... Aku mengarut pagi-pagi ini. Bukan malas apa, sah-sah la ada tugasan yang perlu di hantar. Sesi berkenalan dengan lecturer baru dan ahli kelas yang baru adalah sesi yang paling aku tunggu-tunggu. Boleh usha-usha awek, dengar lecturer mengarut. Takde la sesi pembelajaran.
~
Kenapa aku usha awek pada hari pertama?
~
Sebab aku nak jadikan sebagai batu loncatan pada masa akan datang. Kegunaannya akan nampak lebih jelas bila kegiatan memfotokopi nota dan tutorial berjalan. Perempuan.... Nota mesti kemas dan tutorial mesti buat punya... Aku bukan memanipulasi wanita, aku hanya minta bantuan. Kalau dia susah, aku jugak yang tolong. Bohong la kalau kata ada budak lelaki yang kata dia tak buat macam aku ni. Tapi aku bukan desperate sangat pun...
~
Kebiasaan di sini, pada awal semester, bilik ketua jabatan akan dikerumuni ramai pelajar yang ingin "add / drop" subjek. Aktiviti ini akan berlanjutan sehingga akhir minggu ini. Bila hadir kelas dan mendapati lecturer yang mengajar adalah jenis "killer" atau "tak berkompromi", tindakan pelajar selanjutnya ialah tukar kelas jika ada kekosongan, atau tarik diri dari subjek tersebut. Biasa la tu. Nak jaga pointer. Buat apa nak teruskan jugak kalau result komfem dapat "D" atau "F". Dimomok-momokan lagi dengan khabar-khabar angin dari senior-senior sebelum ini tentang ke"killer"an lecturer itu. Lagi la takut. Aku pernah buat. Sekali. Sebab lecturer yang bagi "F" mengajar lagi untuk subjek yang aku dapat "F" tu.
~
Lagi kebiasaan di sini, gerai-gerai makan dan food court di sini akan sentiasa dipenuhi dengan pelajar. Sebabnya, pada awal semester, semasa duit pinjaman masih lagi 4 angka, setiap kali ada ruang antara kelas, di sini la tempat lepak paling ideal. Gap di isi denagn acara memakan, minum dan borak kosong sambil diselangi dengan gelak tawa bak beruang. Meriah. Tapi kita tengok la dekat-dekat akhir semester, tatkala duit pinjaman dah mencecah paras minimum dalam akaun bank, masa ni la nampak lengang sikit. Musim dah takde duit. Makan mee segera je la kat kolej.
~
Alamak! Kelas dah nak start ni. Alallala...lalalal.... Aku lalok....
~
~

1 comment:

  1. aku sgt setuju dgn berbaik dgn awek2...

    utk assignment yg memerlukan 'penaipan' yg berjela-jela..(seperti subjek etika dan sebagainya) aku lagi suka group ngn 'awek2' ni.. 'awek2' pun suka group ngn aku psl aku leh 'sumbangkan' idea dan suara..huahauahua..

    p/s: aku xpenah pinjam buku kat library.. 'awek2' kan ada.. huhu..

    ReplyDelete

Komenlah Aku