7
“Kenapa kau datang ke sini?” Marah lelaki yang
dipanggil Nurakka sebagai bapa. Langsung tidak dipandang muka Nurakka.
Diteruskan sahaja kerja. Tongkat kayu gaharu tak lepas dari tangan. Takut
tersungkur agaknya.
“Nurakka mahu tahu apa yang terjadi selama 2 hari
Nurakka terlena.”
“Ada kau ambil apa yang aku suruh kau kutip?” Langsung
tak dipandangnya muka Nurakka lagi. Ralit dengan dupa kemenyan yang sedang
diasapkannya.
“Apak kena jawab soalan saya dulu!” Bentak Nurakka.
PANG!
Nurakka tercampak ke atas meja. Berhamburan segala
harta di atasnya. Beg sandangnya yang berisi dengan senjata milik Mumbalak dan
Paragas juga tercampak. Luka hasil bertarung dengan Paragas baru sahaja mahu sembuh,
kini tambah pula dengan luka baru hadiah bapanya. Itu bukan tempeleng kosong.
Tempeleng itu ada aura. Jika tidak, mana mungkin dia tercampak begitu jauh
sekali.
Dengan bersusah payah Nurakka mahu berdiri semula.
Terhoyong hayang. Tidak dapat mengimbangkan diri, Nurakka terlanggar pula
sebuah gerobok antik. Habis terhambur keluar segala tok nenek benda di
dalamnya.
“Ah, kerja aku juga yang kena kemas ni. Eh?” Bisik
Nurakka di dalam hatinya.
Nurakka mengangkat satu per satu barang yang
berterabur. Bukan dia tak biasa ditempeleng bapanya. Cuma kali ini kuat sikit.
Bengong kepala jadinya.
“Apak, ni benda apa? Apa maksud semua ini?” Nurakka
mengangkat keris lok 7. Antara barang yang terkeluar dari gerobok antik tadi.
Seketika kemudian, dia jumpa pula lembing bulan sabit. Kenapa bapanya memiliki
senjata milik 2 lagi targetnya?
“Nurakka tak faham. Apa apak dah buat?”
“Kau masih ingat apa pesan apak?”
“Ingat pak, cari pakcik Sumanjang di Xylar.”
Bapak Nurakka mengambil senjata yang Nurakka kutip
tadi. Dia himpunkan dengan 2 lagi senjata yang Nurakka bawa pulang. Diletaknya
di atas sebuah altar mini. Dupa kemenyan sudah disiapkan. Bagai ada upacara
pemujaan bakal berlangsung. 4 senjata disusun. Tiba-tiba asap ungu mengerumuni
bapak Nurakka. Sedikit demi sedikit susuk tubuhnya berubah menjadi lebih tinggi
dan perkasa. Dengan mantel baldu hitam ber-hud warna jingga nipis. Hilang terus
gaya warga tuanya tadi. Dia berubah menjadi Jagindas! Tongkat kayu gaharunya
berubah menjadi parang kontot. Diletakkan bersama-sama dengan senjata lain. Di
atas altar untuk dipuja.
“Kau bersiagalah sekarang. Aku akan hantar kau ke
sana.”
“Ke mana? Apak nak hantar Nurakka ke mana? Nurakka
suka tinggal di bumi.”
“Bumi penuh dengan budaya K-Pop. Dah melarat. Aku tak
mahu kau terpengaruh. Lihat sahaja pakcik-pakcikmu yang lain. Sudah hanyut
dengan budaya K-Pop. Masuk kali ini, dah lebih 5 kali aku ulang nasihat. Bila
kau mahu faham?” Balas Jagindas.
“Apak ikut sekali?”
“Jampi ini hanya untuk seorang sahaja. Bak kata Boney
M, one way ticket. “
Nurakka lantas memeluk Jagindas. Peluk macam tak nak
lepas.
“Apak jaga diri ye.”
“Sudah tak usah mahu bersandiwara-semasa. Kenakan
jubahmu. Diri di atas altar. Aku mahu mulakan jampi.”
Nurakka menitiskan air mata. Baru kejap tadi dia
ditempeleng ayahnya. Sekarang mahu meninggalkan dia buat selamanya.
“Sampaikan salam aku pada pakcikmu, Sumanjang.”
BAM! Satu cahaya jingga terpancar dari altar ke
langit. Bagaikan cahaya yang menongkat langit.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku