EPILOG
Di tepian Pantai Lido, makin ramai yang singgah. Sudah
hampir 2 jam sejak cahaya ibarat tiang yang menongkat langit itu kelihatan.
Kini semakin ramai wartawan dari pelbagai agensi media cetak dan media
elektronik yang datang membuat liputan. Berasak-asak memenuhkan jemaah di tepi
Pantai Lido.
Bunyi seretan dan decitan tayar yang kasar kedengaran.
Beberapa buah kenderaan pelbagai fungsi (MPV) berwarna hitam di parkir di tepi
jalan dengan bantuan polis trafik. Kenderaan itu aneh. Ada alat seakan lampu
kalimantang bersaiz luar biasa di atasnya. Lelaki-lelaki dengan sepersalinan
lengkap baju melayu berwarna hitam, bersampin songket hijau dan mengenakan kaca
mata gelap keluar dari perut kenderaan. Lagaknya macam askar tapi dengan
persalinan baju melayu. Aneh. Kombinasi yang aneh.
Alat pembesar suara dikeluarkan dari kenderaan dan
diletakkan di atasnya. Seorang lelaki semacam ketua kumpulan itu berdiri di
atas kenderaan.
“PERHATIAN!”
Semua manusia di tepi Pantai Lido terdiam.
Masing-masing memalingkan badan ke arah suara tadi.
FLASH!
Tiba-tiba satu cahaya putih terang memancar selama
beberapa saat.
“Sekarang anda semua boleh pulang ke kenderaan
masing-masing dan pandu terus balik rumah. Kejadian yang anda nampak di sini
cuma kejadian biasa sahaj. Tak perlu nak berhimpun sangat. Okay, jangan
berebut-berebut. Beratur untuk ke kenderaan masing-masing.”
Bagai terkena sihir, semua manusia yang sejak dari
tadi ralit menonton kejadian siang tadi mengikut kata lelaki tadi. Semua.
Beberapa minit kemudian, kawasan yang penuh sesak dengan umat manusia seperti
mahu melontar jumrah tadi, menjadi lengang. Kosong.
“Tuan Alif, semua manusia dah beredar. Perimeter
selamat.” Seorang lelaki bernama Prebet Jim member laporan kepada Alif, lelaki
yang member arahan kepada semua manusia tadi.
“Prebet Jim, hantar pasukan ke lokasi asal cahaya tadi.
Aku dapat rasakan ini ada kaitan dengan kes kita 20 tahun lepas.”
“Faham Tuan Alif, saya akan hantar pasukan HaZaDal ke
sana.”
“Hati-hati Prebet Jim. Kalau ini berkaitan juga kes
pembunuhan baru-baru ini, pihak Man In Melayu Suit (MIMS) akan berdepan dengan
serangan pihak K-Pop Hipster. Jangan sampai manusia biasa dapat tahu.”
“Faham Tuan Alif. Walaupun jauh dalam hati kita, kita
bersorak dengan kematian pelopor budaya K-Pop di Malaysia ini dan berterima
kasih kepada makhluk asing yang membunuh mereka, namun kita terpaksa ambil
risiko menghadapi kemarahan pihak K-Pop Hipster.”
“Tangkap makhluk asing ini dan tempatkan dia di
fasiliti kita di Simpang Rengam. Saya mahu dia selamat. Dia sebenarnya hero
kita.”
Kenderaan hitam tadi mula beredar sedikit demi sedikit.
Pihak MIMS masih lagi dalam usaha mengesan makhluk asing berkenaan. Kemungkinan
untuk mengetahui rahsia asal-usul budaya K-Pop datang ke tanah melayu boleh
diungkaikan melaluinya.
Zaman ini. Ketika ini. Budaya K-Pop adalah penyakit
masyarakat. Sukar untuk diubati apatah lagi mahu dibanteras. Sampai bila budaya
ini terus menjajah pemuda harapan bangsa?
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)