Monday, June 13, 2011

PAKCIK DULU ROCKERS BELAJAR GITAR DENGAN KID (SEARCH)

Masa lunch tadi, ingat nak tapau makan je tetapi boleh pula terserempak dengan seorang kawan. lalu buat keputusan untuk makan di kedai sahaja. Dia dengan 2 kawan sepejabatnya. Dua-dua agak berumur. Aku tak ada kawan yang berumur banyak, lalu aku diam sahaj masa kunyah sambil pasang telinga topik perbualan mereka.

Topik tengahari itu ialah kenangan silam.

Seorang brader ni cerita pasal dia dulu rockers. Bagaimana dia rebel masa muda-muda dulu.

"Dulu beli seluar jeans murah sebab nak jadi rockers. Mana taknya, nak kena alter jadi ketat. Nak pakai seluar tu, sikit punya seksa kaki nak masuk tau. Bukan seluar jenis yang getah tu, ni kain denim. Kau fikir la sendiri ketat macam mana nak jadi rockers masa tu."

"Bila dah pakai seluar ketat, matching plak dengan t-shirt Iron Maiden ke Metallica ke. Memang rockers habis. Bila rasa tak cukup rockers, koyakkan plak seluar bahagian lutut sampai terkeluor lutut tu ha. Pergh... Rockers habis..."

"Rambut plak panjang paras bahu. Tak boleh panjang sangat, nanti bapak aku potong. Ha ha ha. Kena dengan kasut Aliph hi-cut. Pergh.... Bawak gitar tong naik bas lepak seat belakang sekali. Lalu siap orang lain bagi jalan la. Macam kita ni betul-betul boyband. Bangga. Naik bas ke bandor lepak depan Komtar je. Kutu memang ramai dekat situ."

"Dekat situ la aku jumpa Kid (Search), belajar main gitar. Tapi haram tak reti main sampai sekarang. Kid (Search) waktu itu main gitar solid. Semua lagu dia reti main. Band yang tak cukup gitaris nak perform biasanya panggil Kid ni la. Bayar la sikit tapi berbaloi."

"Budak sekarang rock taik kucing. Nak beli seluar rock dah banyak jual dekat kedai. Tak thrill langsung. Kalau tak belajar main gitar dengan Kid (Search) memang tak rockers la."

Sepanjang aku lunch di area Ulu Tiram, ini merupakan lunch paling istimewa sekali.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku