Wednesday, April 27, 2011

BAWA ANAK KE MUZIUM CIKEDIS

Tahun 2035. Cuti sekolah.

"Hari ini abah nak bawak kamu ke muzium."

"Yeay! Mama, abah nak ajak kita pergi muzium!"

Senang sekali hati anak kecil itu bila aku nyatakan tujuan aku bercuti hari itu. Musim cuti sekolah ni, memang tak patut kalau aku tak cuti. Kesian dekat anak-anak. Tak cukup kasih sayang nanti. Bila tak cukup, nanti mula la pelbagai gejala sosial di dalam masyarakat.

******

"Kita nak pergi muzium mana ni abah?" Dahlia bertanya dengan anak mata yang bersemangat.

"Tunggu je la. Muzium ni special sikit." Aku tersenyum memandang Seri yang tersipu-sipu setiap bila aku bawa ke muzium ini.

Sememangnya muzium ini banyak mengimbas kembali kenangan ketika aku dan Seri bercinta. Sejak zaman sekolah sehingga membawa ke zaman pekerjaan, sehingga ke zaman beranak-anak ni.

*****

"Abah, tu makanan apa tu bah?" Dahlia bertanya.

"Haa, itulah makanan abah dengan mama masa kami kecil-kecil dulu."

"Kenapa sekarang dah tak jual lagi?" Minda si kecil ini minta diasah. Banyak pula yang ditanyakan.

"Syarikatnya dah bankrup." Aku menipu.

Aku rasa bersalah apabila terpaksa menipu kepada anak sendiri. Di dalam Muzium Cikedis ini aku tak pernah menipu. Dari sejujurnya aku melafazkan kata cinta kepada Seri di dalam bangunan ini 10 tahun lalu, ini baru sekali aku menipu.

Aku tak mahu membuat kenyataan yang akan membuatkan anak kecil ini rasa marah kepada kerajaannya. Adakah perlu untuk aku nyatakan hakikat sebenarnya?

"Super Ring dah tak jual lagi sebab kerajaan tak bagi jual."
"Choki Choki boleh gemukkan badan Dahlia."
"Nasi lemak nanti buat jantung Dahlia sakit."

Tak kan aku nak nyatakan hakikat sebegini pada anak aku.

Aku lebih rela menipu.

Sebelum aku pulang, mata aku bergenang melihat plastik-plastik pembungkus makanan rapu/cikedis yang popular era 90-an sehingga pertengahan 2015 itu. Lidah ini masih lagi terasa kesedapan serdak-serdak Twisties, plastik panjang Choki Choki, rasa masam Nano-Nano, rasa udang Rota, rasa keju Super Ring di jari jemari. Pergh!

Hey, aku mula berkenalan dengan Seri guna jajan Mr.Pringles tau!

4 comments:

  1. Bangang siakkk..hahahaha..aku hengat ape..

    ReplyDelete
  2. Kau aphal nak emo? Hahahahaa...

    Cikedis dowh! Baru la kanak-kanak kalau makan cikedis!

    ReplyDelete
  3. Kah kah kah... Ko lah rupenyer yg kebas Pringles Seri dulu tu heh...

    ReplyDelete

Komenlah Aku