Seriusly, aku baru tahu yang tarian poco-poco adalah haram. Artikel dari Oh! Tidak.
Aku rasa kebanyakkan kem PLKN di seluruh negara ada mempraktiskan tarian ini dalam modul mereka. Nampak gayanya modul senaman PLKN dah kena tukar la kot.
Aku ingat tarian ini adalah berpunca dari tarian simple dari video klip Poco-Poco nyanyian Jopie Latul yang dikembangkan sebagai satu senaman ala-ala senamrobik. Tak sangka pula hasil siasatan Majlis Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak begitu luas sehingga mendapati bahawa tarian ini adalah berunsur pemujaan roh yang diamalkan di Jamaica dan berciri kristian.
Aku tak pasti tarian yang mana satu yang dikatakan sebagai berunsurkan pemujaan roh sebab setahu aku tarian ini berevolusi dan dah banyak versi tarian poco-poco ini. Lain la macam senaman Yoga yang sememangnya senaman sejak dulu.
Aku rasa pihak yang berkenaan kena la buat penerangan dalam media ke surat khabar ke yang menerangkan tarian yang mana satu yang dikatakan haram. Dan mana sumber kajian yang mengatakan tarian poco-poco ini dari acara pemujaan roh di Jamaica. Boleh kita berkongsi ilmu dan pengetahuan. Sekarang kan rakyat Malaysia dah semakin terpelajar, makanya tak mudah la nak percaya bulat-bulat.
Kalau ada sumber kajian tu, lagi elok. Saya bukan ingin menidakkan kuasa mana-mana pihak tapi sekurang-kurangnya kalau sumber kajian itu dikongsi kepada umum, ini tak merugikan mana-mana pihak dan sekurang-kurangnya dapat menutup mulut mana-mana pihak yang meragukan keputusan ini.
Insyaallah.
Betul juga... pada saya, semua keputusan mesti ada penerangan mengenainya. Jika dilihat pada senaman atau tarian itu, tak mustahil ada unsur-unsur dari agama lain. Saya berpendapat, masyarakat Malaysia juga tidak kurang hebatnya untuk meniru dan mengambil budaya yang diamalkan negara-negara atau masyarakat luar. Jika sesuatu yang dibawa masuk itu menarik, kita mudah mengambilnya sebagai salah satu aktivitinya. Memang benarlah jika di situ terdapat manfaatnya, namun adakah ianya manfaat yang besar? =) sekadar perkongsian pendapat dari Minda Insan. Terima kasih... =)
ReplyDeleteSana sini kecoh dengan pengharaman tarian poco-poco yang begitu terkenal dimana-mana tempat....kebanyakkan orang mengatakan bahawa tarian itu diharamkan sebab pergerakkan tarian itu yang menyerupai salib....begitulah rakyat Malaysia yang senantiasa ingin meniru tarian bangsa lain sedangkan tarian tradisional negara kita yang jelas menunjukkan seni halus bangsa Melayu tidak pula dijadikan aktivity sukan yang berfaedah......
ReplyDelete