Tuesday, March 22, 2011

HUTANG BANYAK HUTANG, KELILING PINGGANG.

Bergaul dengan masyarakat atau lebih tepatnya golongan yang lebih berumur selalunya membawa kepada perbualan yang berisi. Kadang-kadang. Tapi aku ada terdengar mereka berbual satu pagi tempoh hari yang mana aku curi-curi dengar dari bilik aku.

Suara A : Banyak la pula hutang nak kena bayar hujung bulan gini.

Suara A mengeluh lebih kurang dalam masa yang sama gigih mengunyah nasi lemak untuk sarapan.

Suara B : Orang kata, orang yang berhutang ni orang yang pemalas.

Dengan selamba suara B memangkah ayat suara A.

Suara A : Jelaskan.

Dengan gaya suara pemidato, suara B sambung semula statement tadi.

Suara B : Sebab kalau banyak hutang, kau mesti makin gigih cari kerja, buat kerja untuk nak bayar balik hutang kau tu kan? Kau buat overtaim ke saitjob ke. Betul tak? Kalau kau tak berhutang, kau mesti buat kerja sambil lewa, kerja macam tak buat kerja. Malas je. Betul tak?

Persoalan : Tepatkah statement "Kalau tak berhutang, maka kita ini pemalas". Jangan emo pli, jangan emo plis.

2 comments:

Komenlah Aku