Tuesday, March 29, 2011

ENTRI TRIBUTE KEPADA MAT HENSEM YANG DAH TAK SOLO


Seorang kawan yang dari dulu gigih belajar dan bekerja akhirnya berjaya menamatkan zaman bujangnya baru-baru ini. Tidak, kami tidak serapat mana tetapi kami tiada apa-apa masalah antara kami. Alhamdulillah, kalau berjumpa tu still berborak pelir panjang lebar juga la.

Ok, sedikit penerangan latarbelakang pengantin yang aku kenali.

Kami mula kenal mengenali di beberapa siri summer camp anjuran majikan orang tua kami iaitu PKENJ (yang kini lebih dikenali dengan nama JCorp). Tak susah nak kenali duo terkenal summer camp ini kerana Shamil dan abangnya, Dr Zaki adalah budak (ketika itu) yang mementingkan penampilan. Rambut ada awning dan baju tuck-in. Tak silap aku summer camp pertama yang aku kenal depa adik beradik ialah Summer Camp di Kem Mahkota Kluang. Waktu itu pada malam terakhir summer camp, depa adik beradik pulun nyanyi lagu KRU, grup yang tengah top masa tu. Banyak juga depa dapat bunga kertas masa tu. Anak gadis semua sibuk nak bergambar dengan depa.

Kemudian kami berkenalan lagi di peringkat sekolah menengah di Segamat. Berbekalkan kekiutan dan berkebolehan dalam permainan Ping Pong, maka di sini dia sekali lagi popular. Di peringkat menengah rendah, dia lebih cenderung untuk berkawan dengan geng-geng yang kita tidak boleh nafikan kenakalan mereka. Setakat masuk kelas pelajar puteri waktu malam itu sudah menjadi perkara tanpa gentar. Tapi alhamdulillah, rekod pembelajarannya masih maintain.

Masuk ke peringkat menengah atas, dia lebih mengalami anjakan paradigma. Ia lebih selesa menghabiskan masa di surau dan dengan perubahan sikap inilah (mungkin) dia diangkat menjadi pemimpin pelajar berpangkat bendahari.

Lepas tu dia sambung belajar di UIA. Pergh, masa tu siapa lepas SPM terus masuk universiti memang dikira gempak gila. Lepas dia masuk UIA, haram tak dengar apa-apa cerita sangat sehingga tahun 2004 atau 2005, NTMTTS ada mengadakan reunion dan dia dapat hadir. Tapi malam tu dia hilang juga la. Pergi dating dengan siapa entah (Hint!).

Then dengar khabar dia dapat kerja di kampeni audit antarabangsa. Pergh, hebat tu. Pulak tu dapat tahan kerja 24 sehari selama 3 tahun. Balik raya pun jenis dendang perantau gitu. Sampai rumah ngam-ngam pagi raya. Dengar cerita siap tidur bawah meja opis, tak balik rumah 2,3 hari sampai ahli VWM risau nak report polis, makan tak menentu. Aku yang dengar cerita pun rasa hiba nak nangis. Entah apa perasaan ahli VWM yang secara live bersama Shamil hari-hari. Dan selama dia bekerja keras itu juga tak pernah pula aku dengar dia bercinta dengan perempuan. Asyik cerita dia dengan ahli VWM sahaja. Tengok gusti sama-sama, pergi jogging kendian kereta kena pecah sama-sama, bunuh tikus sama-sama, makan nasi lemak fulamak sama-sama. Semua sama-sama dengan lelaki. Haram takde perempuan.

So, satu hari tu aku SMS dia, "Bro, kau hensem. try mengorat makwe ni. Untung-untung boleh dapat. kalau tak dapat, biasa lah tu."

Tak sangka pula dengan SMS harga sepuluh sen tu membuatkan dia bersemangat nak mengorat makwe. Cargas bukan main. Macam-macam dia tanya aku, dah ngupe polis pula. Agaknya gemuruh kot sebab takut dah berkarat skill nak mengurat makwe. Dengan info yang sangat minima, dia terus berusaha. Kalau aku nak ceritakan kesungguhan member ni dalam entri ini, mahu makan tahun juga nak habis tulis.

Diam tak diam, tak lama kemudian dengar dah dapat pula tackle makwe ni. Aku kagum siak! Cinta antara benua tu. Gila ko. Siap bertilawah interaktif sampai khatam 1 Al-Quran. Bil telefon aku tak tanya pula. Dan akhirnya, sewaktu reunion mini NTMTTS di restoran arab di Kuala Lumpo, dia memperkenalkan makwe tu kepada para NTMTTS yang hadir.

So Shweet!

Eh, kenapa aku beriya sangat tulis entri ini? Ha ha ha. Ada la sebabnya. Sebab yang hanya aku dan Shamil ketahui.

*Bangga*

Baca entri lain yang serupa macam ini.

Ahli VWM

Dekonstruksi

Nasrun Anis


No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku