Wednesday, November 10, 2010

REVIEW FILEM : TAKERS

Dek kerana terlalu banyak filem-filem yang menghidangkan genre rompakan-cerdik-tapi-hancur-sebab-tamak, filem ini aku rasakan sebagai filem yang agak bosan. Jika filem bergenre ini tidak banyak dipasaran atau ianya genre baru, sudah pasti ini filem yang hebat. Tapi sayang sekali bagi filem ini kerana filem terdahulu yang mempunyai genre yang sama adalah lebih bagus.

Italian Job misalnya. Jenayah terancang yang buat aku rasa berdebar dan sesekali memaki-hamun sebab efek letupan dan aksi yang sangat hebat. Lagi pun masa itu, aku pun baru berjinak-jinak nak tonton filem genre ini, jadinya aku lihat filem ini sebagai filem best.

The Loser, juga ada irasnya genre sebegini tapi jalan ceritanya lebih teratur, plot lebih menarik dan endingnya lebih twisted.

The A Team juga sama.

Tapi yang paling legend, Ocean 11 & 12.

Next Movie : Harry Potter And The Deadly Hallow Part 1 in 3D!

3 comments:

Komenlah Aku