"Makhluk ni ganas sangat. Tuan dia mesti ada ilmu yang tinggi." Kata Tok Ajai dengan termengah-mengah, "Tok nak 2 orang lelaki pegang kaki dia."
Tok Ajai mula membaca ayat-ayat amalannya. Terkumat-kamit mulutnya. Sesekali tersembur air liur. Asap kemenyan dah mula memenuhi ruang bilik Senah Dangdut. Tok Ajai mula mencampurkan garam dan biji lada hitam ke dalam mangkuk. Dipusing-pusing bahan itu sambil membaca ayat amalannya. Senah Dangdut yang dari tadi meracau-racau dalam bahasa Siam mula mengganas kembali apabila Tok Ajai mula mengepal campuran garam dan biji lada hitam dalam genggamannya.
"Siapa tuan kau?" Jerkah Tok Ajai, "Kenapa kau masuk dalam badan anak adam ni!"
Rontaan Senah Dangdut makin kuat. Hampir-hampir tercampak Bubot dengan Pidi Ewok. Rasanya, kalau Senah Dangdut meronta lagi sekali, boleh patah tulang tangan Bubot dan Pidi Ewok. Tok Ajai yang hilang sabar terus mencampakkan campuran garam dan biji lada hitam ke badan Senah Dangdut. Terus serta merta menggeletik badan Senah Dangdut, dah macam Inul Daratista. Asap yang terhasil dari campuran garam dan biji lada hitam apabila tersentuh badan Senah Dangdut, sangat busuk baunya. Macam bau bangkai ayam. Selepas itu, rontaan Senah Dangdut semakin lemah dan bau busuk semakin menipis.
Tok Ajai minta Bubot sediakan 2 gelas air. Satu diminumnya untuk menghilangkan lelahnya dan satu lagi dibacakan jampi dan diberikan minum kepada Senah Dangdut yang dah longlai. Untuk mengembalikan semangat kata Tok Ajai.
"Dah okay dah si Senah ni. Kau bagi la dia rehat. 2,3 hari nanti, pulih la semangat dia tu". Jelas Tok Ajai, "Pesan dekat Senah, balik koje malam-malam jangan lalu dekat ladang getah Long Piah sana. Aku syak, dia kena kacau dengan belaan Long Piah. Balik ni Tok singgah rumah Long Piah kejap nak tanya dia. Kamu jangan risau."
"Err.. Baik Tok. Terima kasih banyak-banyak Tok. Ini pengerasnya". Kata Bubot, adik Senah Dangdut sambil menghulurkan 4 keping not RM50 kepada Tok Ajai.
"Kalau 2,3 hari masih tak baik, panggil Tok. Tok balik dulu la ye. Assalamualaikum."
************
"Piah... Oooo.... Piah!"
Long Piah menguakkan pintu rumahnya.
"Haa... Kau Jai... Macam mana dengan bahagian aku?"
"Nah.." Kata Tok Ajai sambil menghulurkan sekeping not RM50, "Kau hantar hantu kau yang kuat sangat. Tak larat aku nak melawannya. Lain kali hantar la yang lemah sikit."
"Ha ha ha, ye la Jai... Dapat RM50 ni pun kira dah ok dah. Berasap sikit dapur aku. Ha ha ha."
"Aku balik dulu la Piah. Ada projek baru jangan lupa hallo hallo aku."
nama2 watak dia buat aku tergelak la..genre seram ala2 kelakar gitu..lada hitam tu kalau di lalukan bawah tapak kaki..senah dangdut tu meraung kesakitan baru nmpk real :p
ReplyDeletehahaha Pidi Ewok tu...
ReplyDeleteNi cuma aksi pemanas badan je weh.... Ice breaking omputeh ada...
ReplyDeleteCerita yang aku nak submit cerita lain..