Bila aku tengok trailernya di internet, dalam hati aku jerit WOW sebab dapat tengok gabungan Justin Long dan Drew Barrymore dalam satu filem bergenre komedi romantik. Genre kegemaran aku. Walaupun aku rasakan yang Drew Barrymore nampak lebih tua untuk filem ini berbanding dengan Justin Long yang nampak macam muda.
Jalan ceritanya juga agak tidak klise dengan filem komedi romantik yang aku pernah tonton sebelum ini. Cinta jarak jauh. Apa yang klise tentang cinta jarak jauh? Apa isunya? Komitmen, rindu, kepercayaan. All thing are matters. Mungkin ini hanya dalam dunia filem tapi bagi mereka yang mengalaminya sendiri, tentunya ia lebih susah, payah dan sengsara.
Garrett (Justin Long) bekerja untuk sebuah label muzik, baru putus cinta dengan kekasihnya pada malam birthday kekasihnya disebabkan dia tak pandai read between the line apa yang perempuan mahukan.
"When i say i don't want anything, it's mean i want present. I'm the girlfriend, i'm not supposed to ask anything" - Awek Garrett.
Gila loser.
Then dia pergi mabuk-mabuk dengan 2 kawannya, Dan dan Box yang tak berapa betul dalam memberikan idea-idea yang bernas. Untuk menenangkan diri, Garrett cuba nak main game arked Centipede. Sungguh tak disangka rupanya pemilik highscore bernama ERL adalah seorang perempuan yang bernama Erin, seorang warga San Francisco dan juga seorang summer intern di syarikat akhbar New York Sentinels. Di situ lah bermulanya relationship mereka yang merana.
Pelbagai adegan dan dialog yang lucu dan lucah. Dan pelbagai kesusahan dan rintangan yang perlu mereka tempuh dan banyakkan bersabar.
Dari perbezaan masa antara 2 tempat, isu rindu, isu siapa yang perlu berkorban kerja, isu siapa yang perlu pindah, isu rindu, isu keluarga, isu teman serumah, isu rindu, isu tiket mahal, isu horny, isu phone sex, isu rindu. Eh, banyaknya masalah!
Lawak-lawak lucahnya juga boleh tahan. Lawak yang kelakar dan lucah yang melampau. Tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Sebenarnya, tak sesuai juga untuk orang dewasa tapi... Lu fikir la sendiri.
Bagi aku, skrip cerita ini power. Tambah lagi dengan lakonan bersahaja Justin Long dan lakonan ala-ala muda remaja Drew Barrymore.
Aku rasa lakonan Justin dalam filem ini mirip sangat dengan lakonannya dalam He's Just Not That Into You la.
Untuk ketawa yang maksimum, bawa kawan anda yang gila-gila. Mesti pecah panggung punya! Semalam aku tonton sorang-sorang dan aku kasi pecah panggung sorang-sorang sebab dalam hall tu cuma ada aku dan 2 couple yang lain. Aku jenuh gelak. Depa jenuh romen. Cilakak.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku