Friday, July 16, 2010

WANITA BISA BUAT LELAKI LAKUKAN KERJA GILA. WANITA SANGGUP BUAT KERJA GILA UNTUK LELAKI?

Sejak akhir-akhir ini, dalam kekalutan mengejar tarikh akhir menyetelkan akaun, sempat juga aku tonton drama bersiri inggeris di kala waktu senggang di rumah. Dan aku perasan persamaan antara drama-drama yang aku tonton.

Perempuan bisa buat lelaki buat kerja gila.

Pertama. Drama bersiri, White Collar, tentang penjenayah kolar putih bernama Neal Caffrey yang dikenakan hukuman penjara selama 4 tahun atas banyak kesalahan penipuan, pencurian dan macam-macam kesalahan bukan bunuh. Lagi 3 bulan dia hendak tamat tempoh penjara, dia merancang untuk menyelinap keluar.

Kerana apa? Kerja gila, lagi 4 bulan je lagi kot nak tamat.

Kerana kekasihnya minta putus dan satu-satunya alasan dia merancang kerja gila ini adalah untuk menghalang kekasihnya untuk meninggalkannya. Dan dia tak berjaya. Lewat 2 hari. Lalu dia bertekad untuk berubah, menggunakan ke"smart"annya dalam bidang penipuan untuk tangkap penipu. Ini cerita lain.

Kedua. Drama bersiri, Human Target, tentang seorang lelaki yang kerja dalam firma bodyguard (some sort). Dia yang dahulunya dilatih menjadi pembunuh upahan, diasuh untuk dihilangkan sifat kemanusiaan dan imun pada jeritan mangsa. Akhirnya, berubah menjadi seorang yang sangat positif dan jadi penyelamat. Target terakhirnya(semasa menjadi pembunuh upahan) ialah kekasihnya sendiri dan itulah client-nya yang pertama (semasa dia menjadi bodyguard). Dia gagal.

Pergh, kerja gila bagi seorang lelaki untuk buang kehidupan mewahnya sebagai pembunuh upahan dan mengabdikan diri untuk seorang perempuan dan membahayakan diri dikejar boss lama yang merupakan pembunuh upahan otai.

Ketiga. Drama berdiri, Chuck, tentang seorang lelaki biasa yang terpaksa bekerjasama dengan pihak CIA dan NSA kerana otaknya telah terdownload data rahsia kerajaan. Kalau bukan kerana dia dok syok pada Sarah Walker, aku rasa dah lama dia walk-away dari jadi ejen.

Kerja gila. Baik-baik kehidupan tenang sebagai Nerd Herd Supervisor, kena pula kerja Fulcrum la The Ring la. Pergh.



Entah bila nak ada drama pasal perempuan sanggup buat kerja gila. Kalau bukan macam cerita ini, mungkin gila-gila yang biasa saja.

Just a thought.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku