Wednesday, January 20, 2010

VERSI MENTAH "MISTERI JERANGKAP CINTA"

Adapun, ini adalah versi "raw" dan "fresh". Tiada proses pengeditan. Dan bukan versi akhir. Segala nama-nama yang terlibat mungkin berubah, sebarang komen dibenarkan di ruangan komen.

*******

Nora masih lagi menunggu di bawah tangga. Alif yang sudah setengah jam ke atas masih belum turun-turun. Nora makin menggelabah. Peluh sudah menitis ke batang hidungnya. Dipandang jam tangan berulang kali. Sesekali menyeka peluh yang mengalir. Selang 2,3 saat dia memandang ke tingkat atas menerusi celah-celah anak tangga. Kelibat Alif langsung tidak kelihatan.

Atas desakan hati yang kerapkali tertanya-tanya, Nora memberanikan diri naik ke tingkat 3, Flet Cempaka itu. Walau pada mulanya kesan-kesan cat grafiti contengan budak-budak seni flet itu menakutkannya.

''Celaka! Ini rumah ke zoo? Bau macam haram!''

Nora mula menyumpah dalam hati tatkala melepasi tompokan najis cair yang melekat pada dinding. Najis ketul yang kering bertaburan di kiri kanan tangga. Entahkan najis kucing, najis anjing ataupun najis manusia, rupanya sama sahaja. Yang membezakannya hanya bau.

Tekaknya yang loya sejak dari tadi ditahan-tahan agar tidak muntah memandangkan dia tertinggal minyak wanginya di meja solek tadi. Apa barang sudah pakai macam diva tapi mulut bau muntah! Dalam kegelabahan, sempat juga Nora memikirkan tentang penampilan, selari dengan jiwanya yang sentiasa bercita-cita menjadi polis fesyen.

Selangkah demi selangkah Nora mendaki tangga yang jijik itu sehingga tiba ke tingkat 3, Flet Cempaka. Matanya mengawasi persekitaran. Takut juga jika ada konco-konco Ah Fatt berkeliaran mencarinya. Jika tertangkap, sudah pasti sangat dia perlu mendaftar sebagai OKU. Tengok sajalah nasib Miela, Rozie dan June. Masing-masing perlu bertongkat dan berkerusi roda ke tempat kerja. Kalau nak diikutkan, Tokey Wong tidak mahu menerima mereka lagi tetapi disebabkan mereka pekerja senior di situ, Tokey Wong benarkan juga. Tetapi dengan jawatan yang berbeza. Tea lady dan cleaner.

Di sebalik tingkap nako, Nora nampak lembaga putih sedang berdiri di hadapan Alif. Alif yang kelihatan sugul hanya duduk diam. Seperti ayam berak kapur. Manik-manik air matanya turut berjuraian. Tak mungkin konco-konco Ah Fatt berpakaian putih sebab itu tak kena langsung dengan identiti gangster mereka. Mereka lebih terkenal dengan singlet hitam berlambangkan tengkorak yang lebih ganas. Jadi, siapa lembaga putih itu?

2 comments:

  1. jim, ko nak wat novel ke?patutnye ko wat smpai 1 chapter dlu br publish.blh kite komen.

    Kalo 7 para je, megganggu pembacaan kami ni.wahahahak

    ReplyDelete
  2. Jim, aku nak buat cerpen dulu. Nak hantar kat satu pertandingan ni. kalau berjaya terpilih, karya ini akan dipublish dalam buku himpunan para pemenang.

    genre: seksualiti alternatif

    ReplyDelete

Komenlah Aku