Friday, December 11, 2009

PENUH AKSI HIKMAT PEDANG : THE STORM WARRIOR



Ha Ha Ha. Seawal jam 11.20am, aku dah mula tonton filem ini. Dek kerana keterujaan untuk menyaksikan komik Pedang Setiawan ini direalisasikan dalam layar perak, aku sanggup bangun pagi untuk ke pawagam. Apakah filem ini dapat mengatasi filem sebelum ini, The Storm Rider?

Bagi aku, jalan ceritanya mudah. Ada orang jahat, Lord Godless yang ini menguasai negara China. Sangat kuat. Lawan dengan legenda mempertahankan diri, Nameless pun boleh menang. Kendian nasib China bergantung kepada 2 pemuda kacak dan dingin, (We) Wind dan Cloud untuk mengalahkannya. Maka, mereka berguru dengan guru yang berbeza untuk menguasai hikmat dan teknik bermain pedang yang baru dan mampu untuk mengalahkan Lord Godless. Cloud dengan Nameless. Dan (We) Wind dengan Lord Wicked, abang kepada Piggy King.

Dan macam biasa, yang jahat mesti kalah tetapi sayangnya (We) Wind telah dikuasai oleh jiwa kejahatan akibat perguruannya yang separuh jalan. Cloud sebagai kawan, tak sampai hati nak bunuh (We) Wind lalu dicederakan oleh (We) Wind.

Dan Cloud jatuh ke dalam runtuhan batu demi menyelamatkan (We) Wind dan Second Dream dari jatuh. Pihak berkuasa tempatan masih lagi tidak menemui mayat Cloud kerana dikatakan Cloud masih hidup dan ingin terus muncul dalam sequel seterusnya.

Bila aku katakan dalam status Facebook yang Ustaz Akhil Hayy muncul dalam filem ini, masing-masing tak percaya. Lebih membuatkan mereka tak percaya, apabila dikatakan Ustaz Akhil Hayy berperanan sebagai Nameless.

Ok, aku bekalkan gambar sebagai perbandingan. Mahu percayakan aku sekarang?

4 comments:

  1. hahahah yeahh setuju.. sebjik kut... effect graphic dia sangat gempaq~

    ReplyDelete
  2. panjang lg cerita ni.. xsilap lepas citer ni cloud hilang ingatan pastu kawen ngn pompuan buta... nak tunggu cerita ke-3 keluar kena cari pelakon baru la kot..

    ReplyDelete
  3. nak tunggu cerita ke-3, dah tua bangka la ekin cheng tu. kena awet muda mcm bruce willis dalam surrogates la gamaknya.

    ReplyDelete
  4. betul tu pais. panjang lagi cite ni.
    mungkin akan dtg akhil hayy berlakon betul kot hahaha

    ReplyDelete

Komenlah Aku