Tuesday, March 24, 2009

BALADA SEBUNGKUS NASI BUNGKUS DENGAN 2 LELAKI DI MALAM HENING.

Malam itu hening. Tapi tercemar dengan hilai tawa dua lelaki. Yang satu darinya botak-botak nipis dan berkumis. Dan. Satu lagi darinya. Perut bulat dan hidungnya pesek.

Mereka berborak tanpa had. Apa-apa topik pun boleh. Tiada saingan. Tak terlawan. Jika seorang buat lawak, secara automatiknya, satu lagi akan sambung. Tanpa disuruh. Semacam ada satu reaksi semulajadi. Ada satu tindakan kimia yang mengarah. Mereka ibarat irama dan lagu. Ibarat isi dan kuku. Tapi sehingga kini mereka belum merancang untuk menyertai Raja Lawak. Kalau tak, pasti kumpulan Sepah mahu tuntut ilmu lawak dengan mereka. Aha!

Tangan masing-masing menatang bungkusan. Nasi yang di"tapau" dari gerai masakan panas. Mereka saling bertukar lauk. Tapi mulut masih rancak berborak. Sambil lidah bertugas mencicip dan mengekstrak setiap rasa darinya. Dari pelbagai lauk, timbul pelbagai rasa. Rasa hiba, rasa suka, rasa tangis, rasa riang, rasa tawa. Tapi mereka tiada hirau. terus menerus berborak. "Life must goes on," Getus hati kecil lelaki botak-botak nipis dan berkumis. "Tak kan sebab sambal belacan itu pedas, nasi itu tawar dan petola itu pahit kau hendak berhenti terus makan. Takde life!," Sambung pula lelaki perut bulat dan hidung pesek. Di dalam hati.

Tiba-tiba satu saat kemudian. Mereka berhenti berborak. Berlalu ke haluan masing-masing. Bersalam sudah, berpeluk pun sudah. Hanya lambaian menemani sepi. Sudah bosan agaknya.

Malam itu hening. Tidak tercemar dengan hilai tawa dua lelaki. Yang satu darinya botak-botak nipis dan berkumis. Dan. Satu lagi darinya. Perut bulat dan hidungnya pesek. Tapi mereka mungkin kembali. Berborak sambil nikmati nasi kehidupan.

Begitu-lah hidup. Ibarat nasi bungkus. Tatkala kita sedang gembira nikmati hidup, datang pula bala-bala atau rintangan yang kecil. Tak kan kita hendak berhenti hidup semata-mata rintangan kecil ini? Semata-mata hanya kerana sambal belacan? What the hell!

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku