Sunday, March 22, 2009

SIRI BOLASEPAK : ASPA TAK KESAH.

Aspa. Bila di bilik TV. Dan semua bersepakat nak tonton AF7. Semua orang pakat nak sokong Aishah dan Hafiz. Tapi Aspa lain. Aspa pilih Isma. Aspa kata Isma ada sifat keibuan. Orang semua marah Aspa. Cakap dia selera MILF. Tapi Aspa tak kesah.

Aspa suka kacau orang. Malam itu. Selepas konsert AF7 berakhir. Orang semua pakat-pakat nak tonton Liga Inggeris. Semua pakat-pakat nak sokong Manchester United dan Chelsea. Tapi Aspa lain. Aspa sokong Newcastle. Aspa kata Newcastle "power". "Power" yang macam mana itu, Aspa je yang tahu. Antara 20 orang yang tonton perlawanan itu, Aspa seorang je penyokong Newcastle. Tapi Aspa tak kesah.

Malam itu. Selepas perlawanan Manchester United dan Fulham. Aspa melompat-lompat. Terus semua orang tendang dia keluar. Tapi Aspa tak kesah. "MANCHESTER LAUK!" jerit Aspa. Aspa puas hati. Kini dia ada alasan kenapa dia harus menyokong Newcastle. Sekurang-kurangnya Newcastle tak kena 2 gol dan 2 kad merah sekaligus.

Malam itu, Aspa lari keliling hostel. Promote Newcastle-nya. Heh!

1 comment:

Komenlah Aku