Sunday, February 08, 2009

REVIEW TENTANG KEHIDUPAN ANJING SLUM YANG BERUBAH MENJADI JUTAWAN


Dapat bayangkan kalau kita dapat jadi jutawan? Slumdog Millionaire boleh bagi anda bayangan.
.
Mereka tak pandai. Hidup pun tepi-tepi longkang. Hidup perlu diteruskan dengan menipu, mencuri dan pelbagai jenayah lain. Sejak dari kecil lagi, hidup di kawasan pembuangan sampai dan aplikasi "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" boleh digunakan.
.
Bermula dengan seorang polis yang tidak puas hati kerana Jamal dapat menjawab soalan di dalam siri televisyen "Who Want To Be A Millionaire?" sehingga ke peringkat akhir. Jamal dituduh menipu. Siapa Jamal? Penyanyi-kah? Genius-kah dia? Pandai tipu ke dia? Boleh la sikit-sikit.
.
Filem ini mengisahkan pasangan adik beradik, Salem dan Jamal, yang hidup di satu kawasan pembuangan sampai di Mumbay, India. Kehidupan sengsara mereka bermula apabila ibu mereka mati dalam rusuhan Muslim - Hindu di sana. Sejak hari itu, mereka merantau ke seluruh India dengan menjadi penumpang keretapi secara haram.
.
Apa yang menarik dalam filem ini, Jamal menjawab soalan kuiz itu dengan hanya berpandukan pengalaman hidupnya dari gelandangan di tempat pembuangan sampah sehinggalah sebagai budak pembuat air di sebuah syarikat komunikasi. Paling intelek pun dia ada, baca buku The Three Musketeer, masa zaman dia dapat pergi sekolah dulu.
.
Kisah ini bertambah rancak bila mereka (Salem , Jamal) berkecimpung dalam bidang penjenayahan dari menjual barang curi, menipu pelancong di Taj Mahal, mencacatkan pengemis muda sehingga membunuh Ketua Geng Pengemis kanak-kanak.
.
Kisah cinta turut diselitkan dengan watak Latikha. Cinta yang Jamal damba sejak mereka berkenalan di kawasan pembuangan sampah sehingga menjadi gundik ketua gengster.
.
Apa yang menarik (pada saya) ialah ia menonjolkan kehidupan sebenar kawasan-kawasan yang selalunya kita tidak ambil tahu. Kawasan-kawasan hitam. Kawasan orang hidup melarat. Persepsi masyarakat pada mereka. Memang nampak 'real' kehidupan orang susah di sana.
.
Apa kata pembikin filem negara ini buat filem yang menonjolkan kehidupan sebenar masyarakat yang melarat di negara kita ini. Biar kebanyakkan dari kita boleh belajar bersyukur dengan apa yang mereka ada sekarang. Biar kita nampak jurang berbezaan sebenar negara kita. Biar pemimpin negara kita sedar, yang mereka sedang sibuk kejarkan kekayaan sehinggakan terlupa yang rakyat mereka masih lagi ada yang hidup susah.
.
Anyway, nice movie to watch.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku