Kita kadang-kadang tak sedar yang umur kita semakin bertambah. Lebih-lebih lagi jika korang menjadi pelajar. Bersosial dengan mereka yang jauh lebih muda dari anda langsung tidak terasa umur bertambah. Berkurang ada la.
Tapi ada beberapa simptom yang korang kena alert. Simptom yang menunjukkan bahawa korang tu sebenarnya dah lama kat kawasan kampus. Bak kata orang "Kubur kata mari, Rumah kata pergi". Eh, betul ke?
1. Bila korang pergi ke mana-mana sahaja dan korang akan dapati ramai gile yang bertegur sapa dengan anda. Selang satu langkah, kena salam satu orang. Kalau 5 langkah? Kalau 100 langkah?
Contoh: Tapak ekspo. Orang berasak-asak dan korang berjalan dengan set sosial muda selepas set sosial sebaya yang lain tamat belajar. Pasti akan ada orang tegur anda sepanjang perjalanan ke tapak ekspo. Kalau tak tegur sapa, orang akan kata kita sombong. Alahai...
2. Bila tandatangan kertas kehadiran kuliah, korang akan dapati nama korang berada di atas senarai dalam senarai ahli kelas. Nombor matriks 5 angka pula tu. Hal ini akan jelas bila korang mengulang subjek atau membaiki subjek.
3. Bila pensyarah akan selalu menyebut nama korang untuk jadi sukarela menjawab soalan atau bertanyakan pendapat. Lebih-lebih lagi bila korang dah beberapa kali ambil subjek itu. Atau pensyarah itu sudah mengajar anda beberapa kali. Bukan sebab dia hendak kenakan korang tapi sebab dia dah kenal dengan kamu. Faham?
4. Bila waktu malam korang sudah tiada lagi hala tuju. Lebih tenang duduk di dalam bilik sambil menonton movie. Makan malam pun kirim pada orang. Atau beli dengan brader nasi lemak (bukan Ken atau Daniel) yang rajin jual nasi lemak bilik ke bilik. Nak hu-ha-hu-ha macam mana, geng yang se-frekuensi sudah habis belajar. Nak burau senda dengan geng junior, takut kalau tak masuk kepala pula.
5. Bila ada junior-junior yang kita kenal mula bertanyakan soalan subjek semester 3 atau 4 dan anda hanya dapat menjawap, "Ha....lupa la. Dah LAMA ambil subjek ini dulu".
6. Bila set sosial baru korang menyebut nama subjek dengan "KAM", "KAF" atau "KAS" dan korang masih lagi menyebut "FALAN", "AIS" atau "MALAN". Zaman dah berubah, bang. Get use to it. Mereka dah makin malas menyebut nama-nama subjek yang panjang-panjang.
saye paham encek wiwin...bile berjalan di fakulti, rasa tersangat tua melihat adik2 degree...
ReplyDelete26 tahun...dah tua?