Saturday, January 10, 2009

BUSINESS TAK UNTUNG BANYAK

Kilang memproses dadih secara manual yang dikendalikan oleh usahawan muda, Encik Rohaizal, secara rasminya telah memulakan operasi bikin dadih cara manual-nya pada hari semalam, Jumaat bersamaan 9 Januari 2009.

Dengan berbekalkan semangat niaga yang jitu (mungkin terpengaruh dengan KARNIAWAN 2009 yang sedang berlangsung) dan beberapa sindiran sinis, produk dadihnya yang pertama berjaya dihasilkan, iaitu berperisa coklat, strawberi, vanilla dan tembikai susu.

Bermodalkan wang pinjaman yang sedikit, beliau berharap projek dadih manualnya ini mendapat tempat di hati peminat-peminat produk tenusu kerana dadih yang beliau hasilkan ini bebas dari sebarang penggunaan bahan terlarang seperti melamine dan gelatin haiwan.

Menggunakan resepi turun temurun dari usahawan sebelum ini, beliau yakin dengan penggunaan bahan "rahsia" yang bakal menarik selera pelanggan terhadap dadih ini. Penggunaan 'nata de coco' kental pelbagai perisa di dalam dadihnya itu bakal menyuntik elemen pop tatkala disuapkan ke dalam rongga mulut.

Pelbagai penyelidikan yang telah dilakukan untuk menambahbaikkan dadih cara manual-nya ini yang melibatkan bahan-bahan tambahan serta perisa-perisa baru. Biji selasih atau lebih dikenali dengan jolokan 'telur katak' juga bakal ditambah bagi mempelbagaikan lagi elemen nikmat di dalam setiap suapan. Perisa-perisa baru seperti perisa daging dan kerang juga bakal diperkenalkan kepada pelanggan yang bernafsu karnivor. Perisa aloe vera dan perisa daun kaduk juga diperkenalkan kepada pelanggan yang ingin menjaga kesihatan muka dan jenis yang "veggie".

Dengan penuh harapan, beliau menyeru kepada semua rakyat Malaysia untuk menyokong tindakan beliau melibatkan diri dalam bidang perniagaan ini. Terima kasih.

Fin.

3 comments:

  1. produk kau bebas dr bahan syarikat yg diboikot tak? (kempen boikot brg yahudi dan amerika)
    kalau ok, aku beli haha

    ReplyDelete
  2. Produk aku menggunakan ramuan buatan malaysia sahaja beb. Orang amerika dgn yahudi mana makan dadih weh!

    ReplyDelete
  3. Produk aku menggunakan ramuan buatan malaysia sahaja beb. Orang amerika dgn yahudi mana makan dadih weh!

    ReplyDelete

Komenlah Aku