Saturday, December 06, 2008

TAHUN KE TIGA BELAS

Sebenarnya, entri ini aku mahu letakkan di dalam blog NTMTTS, tetapi aku baru sedar yang aku tiada kebenaran sebagai penulis di situ. Jadi, aku letakkan di sini saja-lah.

Semalam, genap 13 tahun kita mendaftarkan diri di SMKAS. Tanggal tarikh 5 Disember 1995 di Dewan Al-Hidayah SMKAS.

Entah. Bagai sejenak sahaja waktu melewati hari-hari aku. Walau pahit jerih mengharungi rona-rona kehidupan di asrama bagai neraka itu. Siangnya belajar mentelaah buku-buku teks bantuan SPBT yang disalut plastik subsidi, malam pula menjadi "pusat tinju" dan pemeras-ugutan. Tubuh-tubuh anjal rakan-rakan menjelma sebagai "punching bag" abang-abang senior berpemerintahankan kuku-kuku hitam berbesi kotor. Lagak jelmaan semula Adolf Hitler.

Walau waktu terus berlalu, persahabatan ini tetap utuh. Tali halimunan bagai menambat hati pemuda-pemuda ini. Dalam sedar atau tidak. Kadang kala minda bawah sedar ini membawa kita merenung kembali masa silam. Dalam kegelapan ingatan lalu, kita mengorek-ngorek, menggali-gali masa lampau yang buruk demi secarik ingatan ini.

13 tahun. Sudah cukup lama pertalian ini terbentuk. Walau tiada hitam putihnya. Walau tiada sijil lahirnya. Membatasi waktu dan segala hukum hakam manusia. Terus hidup dalam hati kita. Subur dibajai nilai-nilai sejagat lalu semesta mendoakan ketulusan ini.

Aku harap agar tarikh ini terus di ingati. Agar ia terpahat dalam hati. Atau di dalam diari. Biar sudah berketurunan panjang, tarikh ini menyatukan kita. Terbentuk NTMTTS juga kerana dia.

4 comments:

  1. aku mesej ko tu cz nk ajak celebrate r..hehe
    sory yer en,wiwin

    ReplyDelete
  2. p/s: email shoemaker_handal aku dah invite kat blog ntmtts..last week.. tp masih pending utk approval dr ko..

    email yg boleh digunakan ialah email jgv ko tu..

    ReplyDelete
  3. aku pun pakai 2 email. so, paham2 je la.

    ReplyDelete

Komenlah Aku