Kurma. Menjadi amalan sunnah ketika berbuka puasa. Orang berniaga pun banyak yang jual kurma. Macam-macam jenama. Ada yang jenis kering, jenis ada-tangkai, jenis murah-gila, jenis ramadhan-lepas-tak-laku-tapi-jual-balik-ramadhan-ni, jenis yang terkenal, jenis ada nama. Pendek kata, macam-macam la.
Pengiklanan memainkan peranan penting dalam memasarkan produk timur tengah ini. Kerana pasarannya di Malaysia lebih tertumpu pada bukan ramadhan sahaja. Bulan-bulan lain orang lebih suka makan set happy meal McD saja.
Punya la gila orang nak makan kurma pada bulan puasa ni, sanggup pergi rampok kat bilik orang. Pilih bilik yang beli kurma mahal saja. Tak pandang kurma yang kering gila. Tak nak makan sendiri punya. Budget-budget, kurma sendiri boleh save sampai hujung ramadhan. Beli pun tak sampai RM10, ada hati nak saving sampai akhir ramadhan. Pigi la. Punya la saving punya manusia. Macam haram punya perangai.
Teringat pula kisah kawan aku yang mengidam makan kurma mahal dan terkenal.
Di perkarangan gerai-gerai penjualan kurma.
[+] Bang, Yusooff Tayyub ada tak? [Dengan muka penuh konfiden dan berharap]
[-] Takde la dik. Dia ada dekat opis. [Menjawap dengan tegas. Tanpa senyuman]
[+] Bila lagi ada ek? [Dengan muka konfius. "Ape jadah simpan kurma dekat office?"]
[-] Entah la dik. Dia ada kat KL nun. [Memuncungkan mulut dan ada raut senyuman nakal]
[+] Eh? Takde barang lagi ke bang? Takpe la. Saya tengok kedai lain la. [Muka terpinga-pinga. Tak paham apa yang terjadi.]
Sekarang ni ape cer? Yusooff Tayyub takde. Kat Opis. Orang tengah mengidam akan kurma tapi dia simpan kurma kat opis? :)
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku