Friday, September 26, 2008

SIRI CINTA BUSUK PTUIH! - PERTEMPURAN 2 JEJAKA TERPEDAYA

PERTEMPURAN DARAH, HADIAHNYA HATI WANITA!

SINTOK : Pihak berita mendapat makluman mengenai satu pertempuran yang maha hebat yang bakal berlaku pada 27 September ini. Kami mendapat makluman ini daripada seorang saksi terdekat yang maha sahih.

Pertempuran di antara 2 jejaka ini dikatakan berpunca daripada sikap iri hati dan sakit seorang jejaka setelah mendapati kekasihnya menjalankan hubungan sulit dengan lelaki lain. Oleh kerana merasakan dirinya ditindas dan rasa dirinya best, lelaki ini dikatakan juga cuba mengugut lawannya itu dengan kata-kata kesat dan menghantar mesej ugutan kononnya dia akan bakar bilik lawannya, akan melanggar dengan kereta dan menjemput lawannya untuk bertempur satu lawan satu free style.

Sikap agresifnya dikatakan didorong oleh perasaan marahnya apabila baru mendapat tahu yang kekasihnya menerima lamaran lawannya itu. Juga dikatakan oleh saksi, lelaki ini digambarkan sebagai seorang yang ego. Biarpun begitu, pada hari-hari biasa kelihatan lelaki ini seperti lelaki lain. Tetapi bila tiba bab mengenainya kekasihnya, peribadinya serta merta berubah.

Pertempuran 6 mata 2 lelaki ini dikatakan bakal berlangsung di stesen keretapi Alor Setar. Masanya tidak pula dinyatakan. Para penonton dimohon untuk tidak menyokong mana-mana pihak walaupun ditawarkan sokongkan yang lumayan.

Pertempuran merebutkan hati wanita ini telah mendapat perhatian pihak Malaysia Book of Record untuk dijadikan rekod Malaysia yang baru sebagai "Pertempuran Berdarah Paling Bodoh Dalam Sejarah Peradaban Orang Malaysia".

Laporan daripada wartawan kami di tempat kejadian, pihak CNN dan BBC juga telah menghantar wartawan mereka untuk membuat liputan mengenai pertempuran ini. Adalah diketahui umum bahawa kisah-kisah seperti ini bakal digarapkan sebagai filem atau Soap Opera yang bakal mencetuskan fenomena kegilaan dikalangan surirumah sepenuh masa di Malaysia.


****Haa... Amacam berita yang aku tulis ini. Bunyi macam best kan? Agak-agak korang la, kalau aku hantar ke Kosmo, dorang layan tak untuk jadi front page?

1 comment:

Komenlah Aku