Friday, September 26, 2008

SIRI CINTA BUSUK PTUIH! - KISAH KEPERIHALAN BENTUK-BENTUK CINTA

Arakian, adalah dikisahkan di dalam kitab-kitab lama subjek ilmu hisab, bahawa bentuk-bentuk asas molekul di bumi ada 4 bentuk utama, segi empat, segi tiga, membulat dan lonjong. Tapi hukum ini bertentangan sama sekali jika hendak dibandingkan dengan hukum Cinta Busuk.

Di dalam kitab Membusukkan Cinta yang dikisahkan oleh penulis Saudagar Cinta, ia membicarakan mengenai bentuk cinta yang paling utama zaman internet dot kom ini. Ia mengatakan bentuk utama itu adalah bentuk segi tiga iaitu Cinta Tiga Segi.

Sesungguhnya, cinta sebegini adalah busuk lagi membusukkan. Kebusukkan yang tiada tergambar oleh kata-kata. Cuma bayangan setengah tan rasa benci yang beradunkan perasaan syaitan. Tak tergambar kan?

Dalam kisah cinta 3 segi ini, menurut buku tersebut, terdapat 3 jenis manusia yang terlibat. 1) Lelaki penjahat. 2) Lelaki yang mengalah 3) Bitch yang akan menang dalam mana-mana situasi.

Dan tujuan entri ini ditulis adalah untuk menyedarkan semua pembaca tentang keperihalan jenis manusia ini supaya kita semua sedar bahawa mereka ini memang wujud dalam masyarakat kita hari ni.

1) Lelaki penjahat
Jenis manusia sebegini biasanya, kata buku tersebut, bersikap dominan dan suka bercakap besar. Biasanya, dia sahaja-lah yang paling bagus, terbaik. Lelaki jenis biasanya dilihat sebagai lelaki yang cool dan berlagak macho. Ia juga pandai bermain ekspresi muka. Lagak pelakon terkenal Malaysia, abang Jalaluddin Hassan. Selain itu, lelaki jenis ini juga macam api dalam sekam. Buat kerja diam-diam je. Berhati-hati bila berentap dengan lelaki jenis ini kerana dia sanggup buat apa untuk mendapatkan wanita pilihannya walaupun tindakannya itu melampaui undang-undang kemanusiaan seperti menghantar SMS ugutan bunuh, langgar guna kereta, bakar bilik dan pelbagai tindakan drastik yang lain. Jangan tertipu dengan mukanya, kerana ini-lah hakikatnya hati lelaki jenis ini. Ingat tu.

2) Lelaki yang mengalah
Lelaki jenis ini biasanya lebih kepada lelaki yang low profile. Tidak banyak yang dapat digambar mengenai lelaki jenis ini kerana biasanya mereka ini seakan-akan di"hidden-file"kan oleh masyarakat. Munculnya secara tiba-tiba, hilangnya juga begitu. Cuma apa yang menjadi pegangan mereka selama ini ialah "Mengalah bukan bererti kalah, menang bukan bererti hero". Sayu sekali. Maaf kerana kekurangan informasi. Ini sahaja yang digambarkan dalam buku tersebut.

3) Bitch yang akan menang dalam mana-mana situasi
Maaf jika penggunaan perkataan yang kurang sesuai, kata buku ini. Penulis ada menerangkan sebab mengapa dia menggunakan perkataan tersebut. "Perempuan jenis ini mempunyai 2 kulit istimewa yang bersambungan sejak lahirnya iaitu kulit luar dan kulit sebenar". Maksud penulis ialah perempuan jenis ini dipanggil bitch adalah kerana jenis ini banyak kulit luaran dan cuma satu kulit sebenar. Antara kulit luaran yang popular ialah berupa perwatakan gadis kampung yang innocent. Bersuara lembut, berwajah bersih dan rajin melayan adalah sifat utamanya. Kulit luar yang lain adalah seperti pelajar yang memberikan perhatian dalam kelas. Kenapa pula dia yang menang? Jika jenis ini ditinggalkan oleh mana-mana 2 lelaki utama (seperti dalam no.1 dan no.2), dia tetap mendapat keuntungan. Kerana sejak awal-awal lagi dia berjaya mengikis harta berupa wang dan hadiah mewah dari kedua-dua lelaki utama. Untung kan?

Hatta, jika anda ada terjumpa jenis-jenis manusia lahanat dan kasihan ini di dalam set sosial dan masyarakat anda, mohon jangan disisihkan. Cuma saya berharap supaya masih ada ruang untuk mereka, di tapak kaki kita.

Sekian.

5 comments:

  1. set komuniti ko mmg menarik..

    tiba2 teringat lagu cinta tiga segi nyanyian ayie dan berd..

    ReplyDelete
  2. aku penah jumpe pompuan bitch yang jatuh kategori ke3.mmg lahanat.semua dikauk dikikis kawan punye pun die sauk dengan bangga.last2 kawen dapat laki yang baik and bahagia.

    tak adil kan?

    yang jadi mangsa..org2 ugly betty cm aku ni.hahaha.

    ReplyDelete
  3. congratulations beb!.. sbb ko berjaya menerangkan keperihalan manusia jenis ke3 itu dengan begitu terperinci n memahami. lagi2 part dua kulit tuh..
    n kena tambah 1 lagi ciri2 iaitu mudah memperdayakan lelaki yang tak bermata hati. haha..

    ReplyDelete
  4. pompuan kategori ke3 yang jahat menipu lelaki ataupun lelaki yang bodoh tertipu dengan lakonan pompuan kategori ke3?

    whatever...aku tak kesah

    ReplyDelete
  5. wah...
    agak tepat ulasan encik fikri..tahniah kerana menjelaskan apa yg sering saye temui dikalangan kawan2 yang lupa diri sekitar kampus universiti seluruh malaysia

    ReplyDelete

Komenlah Aku