Kadang-kadang tu, bila kita dah dalam keadaan aman dan tenang, jarang kita nak fikir kenang-kenangkan zaman kita susah dulu. Sedang kita selesa berkelubung, berselimutkan kesenangan, bebas dari segala kekusutan dunia, kita lupakan ruang pahit yang pernah bergelodak dalam minda kita.
~
Bila kita tengok dan perhatikan betul-betul, budak-budak zaman sekarang ini hidup dah senang sangat dah. Terlebih senang rasanya.
~
Aku hirup buih (tanpa rasa sabun) nescafe tarik gelas besar di Warung Biru (lepas waktu berbuka puasa) dengan dikelilingi pemuda-bakal-suku-abad 2,3 orang. Juga menikmati minuman panas. Pada waktu hujan renyai. Pada waktu kelas Business Ethics sedang berlangsung.
~
Perbualan lebih berkisarkan kehidupan budak sekarang yang agak mewah. Kononnya perlu selari dengan perkembangan semasa. Jika dibandingkan permainan kita dulu dengan budak nowadays, jauh berbeza dari segi rupa, bau, harga dan bentuk.
~
Kalau dulu nak jumpa game tv yang masuk katrij tu sikit punya susah. Waktu tu katrij game"Super Mario Bros.3" yang berharga RM30, dah rasa cukup mahal dah. Kena belajar pandai-pandai dulu, baru ayah bagi hadiah game tv. Tu pun bukan dapat main-main hari-hari pun. Ayah sibuk nak tengok King Kong Bundy bergasak dengan Bret 'Hitman' Hart atau tengok cerita "Opah". Tak pun main game kat kedai apek pun syiok juga. Game yang masuk 20 sen dan kalau menang boleh dapat kekacang sebagai hadiah tu. Dapat kekacang ketika itu dah kira cukup handal dah.
~
Zaman sekarang, budak-budak tengok PS one pun dah tak selera lagi. Demand pula nak PSP. Dalam kes ini, adik aku. Pantang ada kawan beli, dia pun tak nak kalah. Nak juga. Merengek-rengek nak kan benda itu.
~
Pofff!!! Potong stim betul petir ni.
~
Aku hirup (lagi) buih (tanpa rasa sabun) nescafe tarik gelas besar di Warung Biru (lepas waktu berbuka puasa) dengan dikelilingi pemuda-bakal-suku-abad 2,3 orang. Juga menikmati menikmati minuman panas. Pada waktu hujan. Pada waktu kelas Business Ethics sedang berlangsung. Selepas satu jam. Sambil jenguk-jenguk tayar belakang motor Majid. Yang aku tumpangi. Tadi.
~
"Weh, sekarang kita ni ape cer ni?" Tanya aku.
"Cer pe?"
"Motor Majid pancit, ape cer aku nak masuk dalam takde motor?" Aku. Tanya lagi.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku