Assalamualaikum. Hai semua!
~
Nama saya Otai. Saya seekor kucing. Nama "Otai" ini diberikan oleh budak-budak kolej MISC. Lagipun saya tak berapa nak suka sangat nama ini. Saya lebih selesa mereka memanggil saya dengan nama lama saya ; "Playboy" atau "Mat Lawa".
~
Saya ada beberapa sebab kenapa saya suka nama lama saya. Ini kerana saya telah membuktikan kepada set sosial "Felis silvestris catuselis" di MISC bahawa saya memang layak memakai nama "Playboy". Kalau tak percaya, anda boleh tanya mereka, betina mana yang tak pernah tersungkur di bahu saya. Just name it, i'm sure. Asal musim mengawan tiba, saya jadi dominan. Ramai yang nak rasa kejantanan saya. Tapi. Kehebatan saya tidak berakhir di situ. Jika dilihat susun galur keturunan keluarga kucing di sini, hampir 90% adalah darah daging saya. Tak tipu punya. Mungkin ini satu sumbang mahram. Dan jika saya seorang manusia, neraka-lah tempat saya. Tapi oleh kerana saya kucing, saya buat-lah.
~
Sejak dah berumur ni, saya lebih selesa untuk melepak depan bilik orang sambil buat muka kasihan minta makanan. Selera saya untuk merosakkan kucing betina yang lain telah terbentat. Kadang kala, tengok buntut si Cingcing, kucing betina muda itu pun dah tak terliur. Mungkin saya kurang minum air tongkat ali agaknya.
~
Saya paling suka lepak depan bilik Aben. Suka sangat. Tiap-tiap petang, tepat jam 5.00pm saya dah mula ambil port depan pintu. Aben ni rajin memasak. Dia punya masak, kalah Chef Ismail. Memang semerbak-lah. Tu yang saya lepak situ.
~
Tapi tengok juga-lah rezeki. Tuah ayam nampak di kaki, tuah kucing siapa yang tahu. Kadang-kadang kalau dia masak kari ayam, dapat la tulang ayam. Kalau dia masak sardin, dapat la nasi gaul sardin. Kalau dia tak masak, saya still dapat juga, dapat penyepak. Sakit. Hu hu hu.
~
Entah la, saya rasa selesa tinggal di sini. Rasanya nak habiskan masa tua saya di sini. Lagi pun, sini ramai keturunan saya. Rasanya cicit saya 2,3 ekor baru lahir semalam. Tapi yang pasti itu bukan "hasil kerja" saya-lah. Kampung saya di sini. Nak balik raya pun tak susah sangat. Tak payah nak berebut-berebut beli tiket. Petrol pun jimat.
~
Selamat berpuasa ye. Eh, gigi awak ada terselit lada tu!
.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku