Musim berpuasa di kampus. Keadaannya lebih kurang sama sahaja dengan waktu-waktu biasa. Waktu bukan bulan ramadan. Tiada banyak yang beza. Tetapi tetap ada perbezaan. Cuma tak berapa nak banyak sangat. Yang kita tak berapa nak kisah sangat. Ada aku kesah? Ada.
Kesian kat makcik cleaner musim puasa ni. Asal datang kerja waktu pagi, konfem tong sampah tersangat penuh sampah. Sampai melimpah ruah keliling tong. Dalam tu la ada plastik air RM1 pelbagai perisa, ada polistrin nasi, ada kelapa yang bebudak ni petik kat belakang bilik aku, ada bekas dadih, ada kotak rokok, ada baki nasi sahur yang tak habis, ada polistrin makan tengah hari macha sebelah bilik aku. Puntung rokok jangan kira la. Puluhan jugak la. Tapi bila siang, tong sampah memang clear. Bila malam menjelma, tong sampah dan dan je penuh.
Pengusaha kereta sewa sudah boleh tersenyum girang pada tiap-tiap hari sebab kereta laku. Macam biasa la. Ada yang bawa awek pi bazaar ramadan dekat Changlun. Mana boleh bawa pi bazaar kat dalam. Nanti kantoi dengan awek yang lain. Ada juga yang berbuka dengan penuh selera nak makan makanan laut di Kuala Perlis. Masa-masa lain tak pernah pula nak mengidam makan makanan laut. Tak kurang juga yang ajak awek tersayang berbuka di restoren yang berdekatan (bagi yang kurang mampu tetapi nak juga ajak awek berbuka di luar).
Ada kisah lain. Lagi.
Kat kampus ni, bukan semuanya bujang. Ada juga yang kahwin muda. Jodoh mereka dah sampai kan? Kalau dah kahwin, konfem sangap gila bulan puasa ni kan? So, mana port yang sesuai untuk melampiaskan kesangapan itu? Bagi yang tinggal di kolej kelamin atau tinggal menyewa rumah di luar kampus, mesti tiada masalah. Tiap-tiap malam boleh cargas. Macam mana yang tak mampu nak sewa rumah? Maksudnya, yang tinggal di kolej. Tak kan nak tala depan rommate kan? Tak senonoh la pula. Sure sangap kan? Ikut taktik yang aku perolehi, dari sumber yang 50-50 boleh percaya, selepas berbuka puasa sekadarnya, pasangan yang halal-tapi-duduk-bilik-yang-berasingan ini akan gerak keluar kampus dan sewa bilik hotel yang murah. Ingin ditegaskan di sini. Mereka pasangan yang halal. So, proses yang berlaku di bilik itu adalah yang halal belaka. Kalau hari biasa, dorang gerak siang. Cuma bulan puasa ni je, dorang gerak malam.
Ada banyak lagi keadaan yang sering kali kita abaikan musim puasa ini di kampus. Tapi nanti-nanti la dulu. Pasni aku nak pi mengaji sat.
ko buta kaji selidik kat berapa org ni bai?
ReplyDelete:))
Ada la dapat dari sumber yang ok la... Boleh la percaya.
ReplyDeleteTak keje aku nak buat kaji selidik ni bai...