Haa... memandangkan bulan Ramadan pun dah tiba, malah dan nak habis dah pun, lantas aku dan roommate aku terfikir untuk berniaga runcit-runcit sekadar depan bilik ja. Kalau waktu dahulu, kami sekadar berniaga jual top up dan rokok. Tetapi kesedaran tentang kesihatan kami, telah meningkat dan tidak lagi menjual rokok.
~
Untuk mendapatkan wang raya sempena lebaran kali ini, kami terfikir untuk menjual dadih runcit-runcit ja. At least, dapat la juga makan makanan laut kat Kuala Perlis guna duit untung tu.
~
Ni nak cerita sikit la tentang bisnes aku ni. Ini bisnes bukan jual forex. Ini bisnes ye kawan-kawan, bukan MLM cepat kaya punya bisnes. Ini bisnes halal. Suci. Bona fidei punya bisnes.
~
Idea nak jual bisnes mula masa kami lepak-lepak di bistro, tempat roommate aku buat part time job dia. 2 hari lepas brain storming serba ringkas, dengan berbekalkan modal permulaan sebanyak RM40 (seorang RM20), kami mula beli raw material untuk first 100 cups of dadih. Terdapat 4 perisa utama ketika itu iaitu vanila, coklat, strawberi dan honey dew.
~
Alhamdulillah, sambutan amat menggalakkan. Waktu itu kami cuma pasarkan di bistro je. Dapat la jualan 50 cups for a week. Hari demi hari, minggu demi minggu, kami terus pasarkan ke situ.
~
Bila masuk bulan ramadan, kami cuba luaskan pasaran. Kami mula pasarkan ke pelbagai kolej kediaman dengan melantikkan beberapa orang agen jualan. Kami juga menjualnya di hadapan bilik kami. Dan hasilnya... Wallaaa!
~
Kadang-kadang tu, terfikir juga kami. Tak sangka idea sejenak ketika sedang melepak boleh menjana wang. Tambah pulak idea kawan-kawan untuk meningkatkan mutu rasa dadih kami. Yang paling tak disangka, kilang operasi kami hanyalah di bilik dengan bantuan alat memasak yang minimum tetapi aspek kebersihan dan kesucian tetap menjadi keutamaan.
~
Oh ye, produk kami ini dinamakan "Nata De Dadih". Sebab kami ada letakkan nata de coco sebagai produk sampingan. Dadih yang penuh dalam cups, rasa yang cukup pekat dan manis serta ada tambahan nata de coco dijual dengan harga semurah RM1 per cup adalah cukup murah jika dibandingkan dengan produk yang sama di pasaran ketika ini.
~
Ketika ini, jualan dadih kami terus meningkat. Purata 50 cups sehari habis terjual dengan mengambil kira penghantaran ke kedai runcit tempatan dan tempahan oleh agen setiap petang.
~
Sekarang, kami cuba mengeluarkan 2 perisa tambahan iaitu cappucino dan jagung. Dengan turnover modal RM200 seminggu, perniagaan ini mampu menjana keuntungan RM60 seminggu. Cukup mewah untuk perniagaan mudah ini. Pokok pangkalnya cuma kerajinan ja.
~
Kenal tak daun di atas ini? Kata orang, inilah daun ketum. Apa kata kalau aku buat dadih perasa daun ketum? Agak-agak ada market tak produk ni?~
Kepada Muhaimin, teruskan langkah pertama anda untuk membuat dadih makan sendiri. Tapi mintak maaf banyak-banyak la, setakat hari ini dan setelah berbincang dengan beberapa orang supplier, memang tiada perisa pisang di pasaran tempatan mahu pun luar negara. Tapi kalau nak buat sendiri boleh ja. Guna la serbuk agar-agar. Settle.
No comments:
Post a Comment
Komenlah Aku