Saturday, September 20, 2008

ADA BERANI, KITA BERENTAP LA.

Kadang-kadang banyak orang suka ambil kesempatan atas orang lain. Asal orang lain silap sikit, memang tak pasal-pasal jadi bahan gelak. Asal orang lain nampak pelik sikit, jadi bahan gelak. Asal Allah jadikan manusia itu terlebih mahupun terkurang, kita yang serba lemah ni kutuk balik ciptaan yang Maha Esa itu.

Siapa kita nak kutuk ciptaan yang sempurna?

Contohnya aku. Gemuk. Asal tak puas hati je, orang panggil aku gemuk. Dengan harapan, hati aku dapat disakitkan. Asal aku overreact sikit, kutuk aku gemuk la, itu la, ini la. Kenapa aku tak boleh nak tunjukkan rasa marah aku? Kenapa aku tak boleh? Sebab bapak kau bayar cukai lebih ke?

Yang peliknya, kalau aku buat mereka marah, aku pun kena kutuk balik. Worse by worse, aku tetap kena juga.

Kenapa mesti ada double standard antara orang gemuk dan kurus? Jangan jawab. Sebab aku tak suka.

Benda-benda macam ini yang aku hairankan sejak aku di bangku sekolah. Sejak dari kecil lagi, aku dididik untuk menjadi pencinta keamanan. Aku tak suka keganasan sebab aku membesar dengan berita peperangan di Bosnia yang kejam. Bahkan, aku juga tak suka main mercun. Ada orang kata aku pengecut sebab tak main mercun. Apakah kepengecutan itu diukur dengan bermain mercun semata-mata?

Aku bercita-cita untuk mengubah persepsi dunia yang mengatakan orang besar dan gemuk itu jahat, kerja tak elok, busuk, pemalas dan pelbagai sifat mazmumah yang lain. Seperti dalam kebanyakkan drama, asal bouncer pub dan kelab malam, mesti terdiri dari orang yang gemuk dan besar.

Aku tak kesah kau nak panggil aku gemuk ke apa ke. Sebab aku dah lali. Dah lebih 10 tahun telinga aku menapis perkataan tu. Dah imun dah pun.

So, kau rasa-rasa takde ke orang lain yang akan kutuk kelemahan kau? Kalau bukan orang lain, aku-lah orangnya. Tak lain tak bukan, di blog ini. Di medium ini, aku rasa puas. Asal tak puas hati, aku luahkan di sini. So, tak payah aku nak makan dalam. Simpan lama-lama nanti, jadi bom la pula.


Nanti-nanti, mereka yang aku kutuk dalam blog ini, kalau nak kutuk aku depan-depan pun aku dah tak hairan. Silakan-lah. Ini bukan arahan atau tuntutan. Ini option. In case ada yang dah tak tahan sangat kena kutuk, kan?

So, kau nak marah?

Ada aku kesah? Pegi mampos.

No comments:

Post a Comment

Komenlah Aku