Saturday, August 30, 2008

TAYANGAN SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN

Sempena bulan kemerdekaan ini, kolej kediaman aku ada menayangkan filem "Bukit Kepong (1981)" arahan Jins Shamsuddin. Filem yang pernah memenangi FFM tahun 1982.

Biasa la, bila tiba bulan kemerdekaan, baru la cerita-cerita berkisarkan peperangan menuntut kemerdekaan ini jadi macam pisang panas di kala hujan. Laku. Mencari-cari. Tertanya-tanya sana sini.

Tapi aku pun dah lama tak tonton cerita ini. Just my luck that day. Pucuk dicita ulam yang datang. Ada tayangan cerita ini di cafe kolej aku.

Dah lama tak tonton membuatkan arkib fikiran aku dikembur semula. Satu per satu. Lipatan demi lipatan.

Baru aku ingat siapa yang terselamat dalam tragedi itu. Siapa yang cuba pergi dapatkan bantuan dari polis Lenga. Siapa yang terburai isi perut kena bom dengan komunis. Siapa yang jadi yatim piatu selepas ibu bapanya di tembak dalam berek polis. Isteri siapa yang angkat senapang tolong tembak komunis.

Apa erti merdeka pada anda? Hari cuti?

2 comments:

Komenlah Aku